TAHUN 2020 SEMAKIN MENCABAR?
Jujurnya, terasa berat untuk melangkah tahun
2020. Selain berat badan yang semakin naik, berat isu-isu ekonomi juga menjadi
faktor. Mengharapkan matahari kembali menyinar,
namun pemberita cuaca melaporkan tahun mendatang ini semakin mencabar.
Usah harapkan kereta terbang, inovasi canggih
itu juga boleh kena petir dengan cuaca ekonomi yang mencengkam
“Ahhh sudah……..”
Sudahlah tahun 2019 penuh mencabar, inikan pula
perlu bertarung silat dengan lawan yang lebih kuat lagi?
“Mati lah aku!”
Banyak misi 2019 tergendala akibat kekurangan diri sendiri dan kelembapan ekonomi. Apa yang dirancang, hampir tiada yang tercapai. Jadi apa yang nak diharapkan lagi pada tahun 2020?
Badan aku menjadi kaku, fikiran aku buntu.
“Mampukah aku?” itulah yang sering bermain
dalam kepala aku
Dulu aku pernah kurungkan diri dalam bilik. Takut
untuk keluar rumah. Takut kecewa. Takut rugi. Takut tersakiti. Jadi aku fikir,
dengan hanya duduk diam, fikiran aku mampu tenang.
Tetapi ternyata aku silap. Hanya berdiam diri
tidak akan membawa aku kemana. Ia sebenarnya membuat aku stuck dan terlepas
banyak peluang-peluang di luar sana.
Jadi hari ini, tahun ini. Aku tidak mahu
terjerat dalam lubang yang sama. Nak tak nak, suka atau tidak, aku kena keluar
ikhtiar dan berusaha.
Aku sedar, walau senang atau susah, perjuangan perlu diteruskan. Kegagalan bukan untuk kita merantap dengan tanggisan. Tetapi gagal datang untuk kita belajar.
Aku sedar, walau senang atau susah, perjuangan perlu diteruskan. Kegagalan bukan untuk kita merantap dengan tanggisan. Tetapi gagal datang untuk kita belajar.
Aku sedar, aku tidak boleh
mengharapkan kepada sesiapa. Aku perlu belajar berdiri atas kaki sendiri. Berusaha
selagi boleh.
Aku perlu terus buat apa yang aku
mahir. Aku perlu terus menulis dengan pena hati. Bukanlah untuk memberi
nasihat, hanya untuk berkongsi meluahkan isi hati. Kerana itu ubat kepada diri.
Apa yang aku tulis, sebenarnya itulah ubat kepada hati aku sendiri.
Andai misi aku tergendala lagi pada tahun 2020 ini. Satu sahaja yang aku mohon dari TUHAN, iaitu kekuatan HATI. Supaya aku banyak bersabar dan bersyukur
Pesan Ustaz Pahrol ini aku genggam demi melangkah tahun yang lebih mencabar ini
"Apabila Allah tidak beri apa yang engkau pinta. Sebenarnya Dia telah berikan engkau sesuatu yang lebih berharga. Pemberian itu namanya SABAR" - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
LIMA KEKUATAN
DIRI YANG KITA PERLUKAN
1.Banyak bersabar dengan apa jua bentuk ujian. Susah
dan senang itu adalah ujian. Bila susah, banyakkan bersabar menahan amarah dan
lapar. Bila senang banyakkan sabar dari gelojoh dan membazir.
2.Bersyukur dengan apa yang ada. Manfaatkan resources
yang ada sebaiknya untuk menggerakkan perancangan. Every peny count
3.Tawakkal kepada Allah S.W.T. setelah berdoa,berusaha,
ikhtiar, seterusnya serahkan segala urusan kepada Allah S.W.T. Dia Maha
Pemurah, Dia Maha Penyayang, Dia Maha Pemberi
4.Istighfar diri. Sentiasa mohon ampun kepada
Allah S.W.T atas dosa-dosa yang kita lakukan secara sedar atau tanpa sedar.
Sentiasa amalkan istighfar 1000 kali sehari dan perbanyakkan solat taubat agar
hati kita bersih dari kelopak hitam yang busuk.
5.Bersangka baik. Walaupun sudah banyak ikhtiar
tetapi masih gagal? Jangan pernah berputus asa. Teruskan lagi, cuba lagi,
berusaha lagi. Kerana Thomas Edison yang mencipta lampu mentol sendiri telah
gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang menyala
terang.
Sentiasa mohon kepada Allah S.W.T agar
kurniakan kita kekuatan-kekuatan ini. Kerana ia adalah sejata untuk menguatkan
perisai diri.
Moga satu hari nanti, kita semua menjadi orang-orang menang. Di sini (dunia)dan di sana (akhirat)
“Sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(QS.
Al-Insyirah: 6)
Kaizan Nazlan
Penulis Jalanan
Comments
Post a Comment