TIGA MESSAGE UTAMA FILEM THE PLATFORM (REVIEW)
“There are
three type of person, those who on top, those at the bottom and those who fall”
[ SPOILER
ALERT! ]
Bagi saya ‘The
Platform’ merupakan sebuah filem yang membawa message yang sangat deep. Agak sukar untuk menghuraikan
keseluruhan filem ini sebenarnya, kerana message yang cuba dibawa sangat banyak
dan saya sendiri rasa bahawa terdapat banyak lagi message yang mungkin saya dan
rakan-rakan lain terlepas.
Sejujurnya
filem ini membuatkan saya banyak terdiam berfikir daripada bercakap atau
menulis untuk cuba menghuraikan message dalam filem ini. Tapi dalam perkongsian
ini saya cuba juga menghuraikan filem ini mengikut kaca mata peribadi saya.
Secara
ringkasnya, watak utama dalam filem ini adalah “Goreng”. Dia memasuki sebuah
penjara yang dipanggil “The Hole” yang dibina secara vertical ini secara sukarela untuk
mendapatkan accredited diploma. Secara keseluruhan penjara ini ada 333 level,
dan setiap level ditempatkan dua orang, menjadikan ia 666 orang.
Mengikut
pencarian ringkas di google, “666” melambangkan simbol antichrist atau syaitan.
Angka 666 juga melambangkan satu sistem manusia yang dipisahkan dari Tuhan dan
di bawah pengaruh syaitan.
Okay kita move
on,
Ramai yang
masuk ke dalam penjara “The Hole” ini kerana ia nampak seolah olah menjajikan sesuatu
yang diingini. Orang seperti goreng masuk ke dalam The Platform supaya dia dapat
accredited diploma. Selain itu ia memberikannya masa untuk membaca buku dan
mungkin berhenti merokok.
Orang
seperti Trimagasi pula masuk kerana untuk dapat kelebihan masa hukuman. Dengan
masuk ke “The Hole”, dia hanya perlu berada dalam penjara itu selama setahun
sahaja. Memandangkan dia dengan tidak sengaja telah membunuh orang.
Miharu pula masuk secara sukarela supaya dia
mampu menjadi “Asia Marilyn Maonroe” dan Imoguiri juga masuk secara sukarela
kerana ingin mengubati penyakit Kanser nya.
Okay, kita
move on lagi
Sistem
penjara “The Hole” ini amat aneh daripada penjara biasa. Setiap cell akan
dijamu sekali sehari. Sebuah platform yang berisi makanan akan turun dari satu
cell ke satu cell, dan setiap cell diberikan masa 2 minit untuk makan.
Makanan
mewah 10 bintang dihidang ke atas platform. Kemudian platform yang dipenuhi
makanan itu akan turun dari satu tingkat cell kepada satu tingkat cell.
Apabila
orang di cell atas habis tempoh makan, platform makanan itu akan turun kepada
orang di cell bawah. Habis tempoh 2 minit, platform itu akan turun lagi ke cell
seterusnya sehinggalah capai cell paling bawah.
Masalah
timbul apabila orang diatas makan lebih penuh kemewahan, orang dibawah akan
kurang atau tiada makanan. Menyebabkan mereka lapar dan bertindak luar tabiat
manusia.
"Hunger unleashes
that madman in us. It's better to eat than be eaten."—Trimagasi
Apabila tiada makanan
di cell bawah, 2 kemungkinan akan berlaku. “Bunuh diri atau bunuh orang lain
untuk makan (canibal)”
Jadi situasi
ketiadaan makanan inilah yang menjadi struggle setiap banduan dalam “the hole”.
Dalam struggle inilah kita akan lihat wajah sebenar seseorang itu.
Filem ini menceritakan
sebuah realiti kehidupan. Dalam hidup ada mereka yang di atas, ada mereka yang
dibawah, dan ada mereka yang jatuh (putus asa). Setiap bulan mereka akan
ditukarkan ke level berlainan. Kadang di atas, kadang ditengah dan kadang
dibawah. Ia menggambarkan reality kehidupan mananusia ini ibarat sebuah roda.
“Kadang-kadang
kita diatas, kadang-kadang kita dibawah”
Boleh saya
katakan ada dua skop besar yang disentuh dalam filem ini. Pertama adalah “manusia”
dan kedua adalah “sistem”.
SISTEM
Sistem
merupakan sesuatu perkara yang bersifat teratur bagi menjalankan sesuatu.
Sistem yang bagus akan memberi kebaikan kepada ramai, manakala sistem yang
buruk akan memberi keburukan kepada ramai.
Dalam filem
ini jelas menunjukkan sistem yang ada lebih membawa keburukan kepada ramai,
terutamanya orang dibawah. Orang atas diberikan kelebihan makanan. Boleh makan
seperti raja dan pembesar. Manakala orang yang dibawah perlu memakan sisa orang
diatas. Jika makanan itu habis, maka berlaparlah orang dibawah.
Kalau kau
dibawah, cara untuk kau survive adalah untuk makan kawan kau (cannibal, manusia
makan manusia)
Kau hidup
atau mati, kau kenyang atau kau lapar, tiada siapa yang peduli. Itulah sistem
yang ada. Itulah symbol 666. Satu sistem yang dipisahkan dari Tuhan dan di
bawah pengaruh syaitan.
MANUSIA
Terdapat
pelabagai perangai manusia yang dipaparkan dalam filem ini.
Pertama:
Manusia yang tamak dan mementingkan diri. Makan gelojoh dan banyak tanpa
memikirkan orang bawah. Watak seperti ini dapat dilihat pada hampir setiap
individu dalam cell.
Kedua: Manusia
yang tidak mahu orang sama level atau lebih darinya. Orang seperti ini
dipaparkan ketika Baharat cuba meminta tolong orang di tingkat 5 (Ketika itu
Bharat dan Goreng berada di tingkat 6) untuk membantunya memanjat “The Hole”
itu. Apa yang Baharat dapat adalah najis yang dijatuhkan pada mukanya.
Ketiga: Kawan
makan kawan. Ini yang dipaparkan dalam watak Trimagasi. Dia akan lakukan apa
sahaja asalkan dia mampu hidup termasuk membunuh rakan sendiri. Ketika dia
dalam kesempitan dia cuba makan goreng supaya dia tidak mati kelaparan.
Keempat:
Manusia yang berputus asa. Imoguiri bunuh diri apabila ditempatkan ke cell 202
(boleh dikatakan dari level 100 kebawah adalah level neraka, tiada makanan yang
tinggal). Walaupun sebelum ini dia amat optimistic untuk melakukan perubahan.
Namun, sudahpun berputus asa, dia tidak mahu kawannya Goreng ikut jejak
langkahnya. Dia berikan tubuhnya untuk dijamah jika goreng terdesak kelaparan
Kelima:
Manusia yang sanggup berkorban demi orang lain. Ini jelas terpapar dalam watak
Miharu yang sangat ambil berat akan anaknya. Miharu sanggup risikokan nyawanya demi
anaknya.
Keenam:
Manusia yang proaktif. Mereka adalah “change maker”. Ini terpapar dalam watak
Goreng dan Baharat yang sanggup risikokan nyawanya untuk memastikan orang-orang
dibawahnya dapat makan. Dan mereka sanggup turun ke cell paling akhir untuk
sampaikan “message” perubahan.
TIGA MESSAGE
UTAMA
Pertama: Untuk mengubah
sesuatu sistem yang corrupt. Manusia
perlu berani melawan dan mengajak orang lain kepada sebuah perubahan. Pertama
perubahan sikap diri sendiri dan kedua adalah perubahan sistem.
Kedua: Manusia
boleh berubah dengan kelembutan dan manusia juga boleh berubah dengan kekerasan.
Tetapi kelembutan perlulah diutamakan agar orang lain faham isi sebenar
perubahan itu.
Ketiga: Tetapi bagaimana
untuk mengubah sistem? Bagi saya untuk mengubah sesuatu sistem adalah dengan
menghantar message kepada pembuat
sistem itu, bahawa sistem sedia ada masalah besar dan perlu ditambah baik atau
dibuang.
Nah, Jadi inilah huraian ringkas peribadi saya mengenai filem The Platform. Ia best dan sangat deep. Harap anda sukakannya. Segalanya yang silap atau tersasar fakta, maafkan saya. Oh ya, bagi saya filem ini terlalu ganas dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Kepada yang belum menonton, bolehlah menonton dengan penuh khusyuk. Akhir kata, suka untuk saya quote ayat dari watak utama
Nah, Jadi inilah huraian ringkas peribadi saya mengenai filem The Platform. Ia best dan sangat deep. Harap anda sukakannya. Segalanya yang silap atau tersasar fakta, maafkan saya. Oh ya, bagi saya filem ini terlalu ganas dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Kepada yang belum menonton, bolehlah menonton dengan penuh khusyuk. Akhir kata, suka untuk saya quote ayat dari watak utama
"Change never happens spontaneously" - Goreng
Comments
Post a Comment