TEMPAT MENYIMPAN ALTERNATIF UNTUK DANA PERSARAAN
Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin kongsikan ilmu yang cukup
penting dalam pengurusan kewangan. Ia sangat penting untuk kita umumnya dan
khususnya kepada para usahawan-usahawan di luar sana.
Sesetengah orang beranggapan bahawa kita tidak
perlu ada simpanan di masa tua. Terutamanya simpanan jangka masa panjang yang
lambat untuk dilihat hasil pelaburan. sesetengah orang lebih suka untuk melabur
dalam skim-skim cepat kaya. Katanya lebih lumayan dan lebih pantas mendapat
hasil.
Dalam artikel ini saya tidak berhajat untuk membicarakan
tentang skim-skim cepat kaya yang sebenarnya kuat menipu. fokus utama artikel
ini adalah berkongsi kaedah penyimpanan alternatif untuk dana persaraan.
Dua tempat simpanan yang baik sebagai tempat
mengembangkan wang sebagai wang persaraan untuk kita, khusnya untuk mereka yang
bekerja sendiri. Dua simpanan ini amat praktikal untuk kita yang ingin serious
menyimpan.
Dalam simpanan ini, pelabur hanya boleh
mengeluarkan dana simpanan apabila mencapai tempoh matang. terma dan syarat
pengeluaran agak ketat bagi mendisiplinkan pelabur untuk kekal menyimpan.
Apakah dua instrument simpanan untuk dana persaraan
itu?
1) KWSP simpanan sendiri (SP1M)
Untuk membuat simpanan persaraan di dalam skim ini
anda boleh walk in ke mana mana cawangan KWSP dan memohon untuk menyimpan
secara sukarela. Mohon kepada mereka untuk membuat simpanan shariah.
konsep tabung sama seperti tabung KWSP lain. ada
tabung 1 dan tabung 2. 70% akaun 1 dan 30% akaun 2. jumlah maksimum
terkumpul bayaran caruman secara sukarela itu adalah kekal RM60,000 setahun.
Caruman SPIM boleh dibuat bila-bila masa. Simpanan
di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima dividen tahunan
sehingga ahli berumur 100 tahun. Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan
sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250
setahun.
2) Private Retirement Scheme (PRS)
Untuk membuat simpanan persaraan PRS, anda boleh
berhubung dengan mana-mana agent yang menawarkan simpanan PRS. Kebanyakkannya
financial consultant unit trust boleh membantu.
Apa yang bagus scheme ini mempunyai takaful sebagai
manfaat tambahan. Maximum jumlah yang di "cover" adalah sebanyak
RM100,000.00. Jika si penyimpan meninggal, waris akan mendapat wang pampasan
dan juga dana persaraan yang terkumpul.
Katakan simpanan anda dalam PRS sudah mencecah
RM80,000. Maka pihak PRS akan memberi pampasan takaful sebanyak RM80,000
termasuk juga dana terkumpul iaitu RM80,000.00
Jika simpanan anda dalam PRS mencecah RM120,000.00.
Maka pihak PRS akan memberi pampasan takaful sebanyak RM100,000.00. Ini kerana
jumlah maximum pampasan adalah RM100,000.00.
Untuk makluman, duit anda hanya boleh dikeluarkan
ketika umur anda 55 Tahun. Ia bagus untuk mereka serious menyimpan dalam jangka
masa panjang. Untuk maklumat yang lebih detail, anda boleh terus berhubung
dengan KWSP dan PRS.
Bagaimana dengan hasil pulangan? Berapa yang kita
akan dapat?
Ia bergantung kepada jumlah dan konsistensi anda
menyimpan. Lebih banyak dan lebih kerap lebih bagus. Kerana wang simpanan akan
bertambah dan semakin bertambah apabila wang kekal disimpan.
Pulangan dividen saya tidak pasti. Tetapi boleh
saya anggarkan dalam 6 ke 7 peratus secara average.
Dalam simapanan persaraan ini, tidak perlu untuk
kita labur dalam kedua dua instrument ini secara serentak. Memilih antara satu
sudah cukup baik. Jika mampu kedua duanya lagi bagus.
Dua instrument simpanan ini selamat dan membuahkan
hasil yang baik insyaallah. Saya syorkan. Moga bermanfaat.
Apa apa pun ini hanya pandangan dari diri saya yang
kerdil. Selamat memenuhkan tabung persaraan!
p/s: Saya bukan agent, mohon rujuk pada ahlinya.
Satu lagi simpanan yang baik adalah "Emas". Ini kita cerita di
artikel lain. insyaallah.
Comments
Post a Comment