KEPENTINGAN PERANCANGAN PERSARAAN BUAT USAHAWAN
Bagi saya amat penting bagi setiap usahawan
untuk ada perancangan persaraan. Sebenarnya bukanlah usahawan sahaja, semua
orang wajib ada perancangan persaraan.
“Berapa jumlah simpanan dan berapa jumlah
pendapatan yang kita mahukan apabila usia mencecah 55 tahun?” Ini persoalan
yang perlu kita jawab.
Kita ambil 55 tahun kerana itu adalah tahun
standard persaraan di Negara kita.
Tidak kiralah dia kontraktor binaan ka, dia
caterer makanan ka, dia penjual nasi lemak tepi jalan ka, dia jual ayam
belakang rumah ka. Perniagaan kecil atau besar, tabung persaraan amat penting
untuk setiap dari kita.
Perancangan ini perlu kita lakukan sejak kita
muda. Bila dah tua baru nak menyimpan, itu tidak akan kemana. Contohnya pada
usia 55 tahun sudah ada RM500,000.00 ke atas sebagai wang simpanan. Orang
berniaga mestilah kena ada banyak duit ye tak. Atau
paling kurang kena ada RM1,000,000.00 simpanan. Fuhh berpeluh. Jika dapat ini
kira cemerlang lah.
Tidak mustahil betul?
Ini perlu supaya bila umur sudah lanjut, kita
tidak lagi perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti zaman
awal kita struggle dalam dunia keusahawanan.
Bak kata orang lama kita “Bersusah susah
dahulu, bersenang senang kemudian”
Dalam perancangan persaraan 3 aspek penting
perlu diambil kira
Pertama: Simpanan
Kedua: Perlindungan
Ketiga: Pelaburan
Ketiga-tiga perkara ini amat penting untuk kita
merancang persaraan kita. Ia sangat penting untuk kita mencapai matlamat
kewangan kita. Cumanya untuk artikel ini saya ingin fokus kepada aspek pertama
iaitu “Simpanan”
Simpanan adalah perkara asas dalam perancangan
persaraan. Jika tiada disiplin menyimpan, nak jadi kaya itu ibarat angan-angan
mat jenin. Cakap sahaja, tapi tak buat-buat.
Bila dapat untung banyak atau sedikit pastikan
kita menyimpan. Suka saya cadangkan untuk kita simpan 10% daripada hasil
pendapatan kita ke dalam tabung persaraan. Setiap bulan disiplinkan diri untuk
menyimpan.
Jika untung awal-awal berniaga baru untung
RM500.00 simpanlah RM50, jika untung RM1,000 simpanlah RM100, jika untung lebih
daripada itu simpanlah lebih. Nak lebih daripada 10% pun tidak mengapa.
Perlu kita ingat “bukan berapa banyak
pendapatan yang membuat kita kaya, tetapi berapa banyak yang kita simpan yang
membuat kita kaya”
Bila kita dapat untung besar, perbanyakkan
simpanan. Jangan pula kita membazirkan dengan membuat projek yang tak kenal
punca atau terlebih murah hati belanja orang membabi buta.
Untuk memastikan kita ada dana persaraan yang
cukup. Perkara pertama yang perlu diingat adalah;
*Jangan laburkan kesemua duit untuk RnD
perniagaan. Pastikan ada dana untuk tabung diri masa hadapan. Mula menyimpan
sekarang.
*Jangan jadi bodoh melabur dalam skim cepat
kaya. Pastikan duit anda itu disimpan dalam instrument pelaburan yang halal dan
dijamin keselamatan.
*Jangan pinjamkan duit kepada kawan atau ahli
keluarga. Jika mahu, hanya pinjamkan sejumlah yang ada sanggup hilang sahaja.
Amat penting apabila kita tua kita mempunya
duit yang banyak, supaya bila tua kita boleh berehat kerana zaman tua adalah
zaman untuk kita menikmati hasil. Bukan lagi zaman kita struggle siang dan
malam menanam hasil.
Zaman itu adalah untuk kita lebihkan fokus
menambah amal ibadah dan meluangkan lebih masa bersama pasangan. Sebagai
tambahan lagi, masa inilah kita luangkan banyak masa kita mendidik
dan melatih generasi generasi muda menyusun langkah dalam perniagaan dan
kehidupan.
Masa itu kita digelar “Otai Business”
Ini hanya pandangan 10 sen saya. Moga
bermanfaat.
Comments
Post a Comment