WANITA INDIA INI MENJAGA 2 ANAK BERBANGSA CINA SEPERTI ANAKNYA
Bismillah.
Ketika membuat kerja kebajikan, ada suatu incident
yang menarik perhatian kami. Ada dua orang kanak kanak berbangsa
cina(seorang kakak dan seorang adik lelaki) memeluk erat seorang wanita
berbangsa india, lingkungan 50an.
Rakan saya. Kak Nora memanggil
si kakak itu. Ketika itu, kanak kanak dan para ibu ibu sedang bersiap
dan berkumpul untuk menutup sesi pembelajaran.
"Hai.....what is your name?" kami senyum kepada dia
"My name is Yap.........." dia senyum dan bersemangat.
"Where do you leave?"
Saya tidak ingat nama tempat yang disebut.
Kemudian rakan saya bertanya lagi," where is your mama and papa?"
Dia terdiam...air mukanya kelihatan berubah, dari pada wajah ceria
kepada wajah sedih. Barangkali kerana tidak tahu kepada jawapan
tersebut.
kami cepat cepat mengubah soalan. dan menceriakannya. Kami berikan kepada dia dan adiknya gula gula. Mereka suka. Senyuman
terpapar di wajah mereka. Kemudian mereka berlari dan memeluk penjaga
mereka yang berbangsa india tadi.
Kami senyum kepada "auntie"
tersebut. Kami kagum dengannya. Walaupun apa jua kisahnya. Keep moving
forward. Kami sedia membantu.
Kami tidak ada upah, tidak ada
bayaran. Malah duit kami yang perlu dikeluarkan. Kami tidak mengharapkan
apa apa. Cukuplah dapat melihat mereka senyum. Itulah hadiah yang best
kepada kami.
Benda ini semua mengajar kami menjadi insan.
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Kaizan Nazlan
Comments
Post a Comment