MENULIS BUKU, INSPIRASI ARWAH

12.9.2014- Kampung Baru, Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim...

Dua hari telah berlalu sejak saya mengumumkan preview buku saya yang pertama bertajuk "Travelog Usahawan Muda" pada Rabu lepas di facebook dan beberapa group whatapp. Alhamdulillah, sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan sangat menakjubkan. Terharu sangat-sangat. Ramai juga yang sudah membuat tempahan awal buku, dan ada yang sudah request untuk menjadi agent pemasaran. Rezeki yang tidak disangka-sangka.

Saya mengambil masa kira-kira 8 bulan jugaklah untuk menyiapkan manuskrip buku ini. Slow and steady ja, alhamdulillah siap juga. Itupun dibantu oleh rakan saya Suasyraf Bakti, seorang penulis bebas, dan rakan-rakan saya yang lain, yang akan saya ketengahkan dalam buku nanti.
 
Lakaran Awal Cover Buku

Sebenarnya, sudah lama saya ingin menjadi penulis buku, sebelum ini hanya berjinak-jinak menulis di blog. Blog inilah, penapadi.blogspot.com saya mula dan belajar menulis. yee tahu, type. huuu..

Kenapa menulis? kerana arwah datuk saya merupakan seorang penulis, seorang sasterawan yang dikagumi pada zamannya. Saya memandang tinggi pada pencapaian arwah dalam hidupnya. Orang yang hebat. Saya teringin menjadi seperti arwah, menulis banyak buku dan banyak menyumbang kepada masyarakat. 

Ahli keluarga saya tak menyangka bahawa cucunya ini mewarisi minat penulisan seperti arwah. Cumanya arwah menulis sebagai seorang ahli akademilk dalam bidang sastera dan akademik, manakala saya pula menulis sebagai seorang usahawan dalam bidang keusahawanan dan kewangan. Apa yang sama ialah, kami menulis. Heee, itu dah cukup membuat hati saya dekat pada arwah. Langkah-demi langkah saya akan ikut jejaknya untuk menjadi orang berjaya.

Al Fatihah buat arwah, Awang Had Salleh

baik, setakat ini saja perkongsian untuk hari ini. Minta kawa-kawan semua tolong mendoakan agar proses penerbitan dan pemasaran buku ini berjalan lancar ya.  Ameen.

Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan

Comments

Popular Posts