9 Tips Kewangan Mudah Untuk Graduan Muda Seperti Anda
Panduan ini khusus untuk graduan
muda seperti saya dan anda, yang baru sahaja memasuki fasa 7 tahun pertama. Jadi, selama 7 tahun pertama
ini, jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup. Insyaallah ia akan membantu anda dalam mengurus kewangan anda secara bijak.
1. Buka akaun Tabung Haji secepat
mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran
haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan
menyimpan.
3. Cari pasangan yang sudi naik
kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah
kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.
4. Jangan beli kereta baru yang
mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun
harganya pasti turun.
5. Dah bergatal bercinta, terus lah
fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun.
Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.
6. Beli aset sikit-sikit.
secara kecil-kecilan. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.
7. Buat bajet siap-siap untuk:
- Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
- Bersedekah setiap bulan.
- Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
Wajibkan diri untuk amalkan
perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai
pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai
tanah kepada Pejabat Tanah.
8. Sediakan bajet yuran pembelajaran
pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang
tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.
9. Pekakkan telinga dengan
kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh
malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita
tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?
Sumber: Pakdi.net
Moga tips-tips ini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih kerana mambaca. Anda orang yang hebat! insyaallah.
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Moga tips-tips ini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih kerana mambaca. Anda orang yang hebat! insyaallah.
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Comments
Post a Comment