Hutang Kawan-Kawan: 6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Pada Kawan
Alhamdulillah, moga
kita sentiasa dalam keadaan hebat dan positif sentiasa. Baik, untuk entry kali
ini saya ingin mengajak tuan puan, dato datin, sahabat sahabiah dalam
membincangkan topic yang cukup menarik. “Hutang Kawan-kawan”… saya kongsikan
penulisan dari Tuan Pakdi. http://www.pakdi.net/
Suka atau tidak suka,
kita pasti berjumpa keadaan sebegini.
“Abang, pinjam duit boleh. Adik ada masalah
sikit.”
“Kak Long ada duit lebih tak? Gaji saya bulan
ni dah habis. Ada lagi 10 hari ni nak dapat gaji.”
Tak bagi saudara
sendiri. Namun bila dah bagi sukarnya mendapatkan semula hutang tersebut.
6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Dekat Orang
1. Pastikan kita cukup kenal orang tersebut
Hatta saudara sendiri
atau kawan baik sekali pun.
Kenal di sini
bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau
meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya. Tanya
kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia. Sekiranya dia memang jenis
pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu.
Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat bayar hutang, maka fikirkanlah idea
yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.
2. Beri pinjam jumlah wang yang sanggup kita hilang
Maksudnya duit
tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik. Sebagai contoh ada kawan
kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita
pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :
“Aku kalau RM 3,000 tu
tak ada la, tapi kalau RM500 boleh la nak kasi pinjam.”
3. Tahu tujuan meminjam
Kalau yang meminjam
itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti sakit dan sebagainya, maka kita
boleh pertimbangkan untuk membantu. Pastikan mereka tidak menipu. Sebab ada
yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta
rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat lingkup.
4. Syarat bayar semula yang jelas
Memang kita beri
pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat. Beri
cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula. Sediakan plan installment yang
mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan
kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi
janji tu hanya sekadar pada mulut.
“Bulan depan aku bayar
balik, janji.”
Kalau betul
alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.
Baik kita berikan
cadangan begini :
“Aku boleh bagi pinjam
RM 3,000, setiap bulan bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”
5. Pastikan bertulis
Ini yang Islam
anjurkan.
Ayat mengenai hutang
merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran. Allah menyuruh kita
menulis jumlah hutang tersebut. Bertulis. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja.
Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut
telah berlaku.
6. Sediakan backup plan awal-awal
Sekiranya orang yang
meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup
plan. Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000?
Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik
bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik.
Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap
bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah
selesai.
Contohnya kalau kita
ada kedai makan :
“Aku nak kau kerja
ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar
RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk
cukupkan hutang RM 10,000 tu”.
Beri Hutang Lebih Baik dari Bersedekah
Kita bukanlah tak nak
menolong, tapi kadang-kadang serik juga bila beri pinjam duit tapi tak bayar.
Bila minta, asyik cakap tak ada duit. Sudah bertahun, tapi hutang masih belum
langsai. Jadi, kalian boleh gunakan tips di atas sebelum membuat keputusan
untuk memberi pinjam duit kepada orang.
Nabi Muhammad saw ada
bersabda:
Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan
di atas pintu syurga: ”Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala
memberi hutang ialah 18 kali ganda”.
Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang
lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”
Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah
dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang
meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.”
(Direkodkan oleh Ibn Majah & Baihaqi).
Comments
Post a Comment