3 Tipa Bijak Wang Beli Kereta
Tahukah anda,
bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah
aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak
menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.
Dengan memiliki
kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful
kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin,
minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.
Jika ada yang
mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank
menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.
Pada tahun
2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam
yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah
hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.
Malah, tidak
sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di
bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?
Kebanyakkan
meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti.
Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah,
kolej-kolej dan univerisiti-universiti.
Jika pinjaman
kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu
terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut
nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?
Maknanya, jika
kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang
pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap
3 tahun.
Sebuah kereta
yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar
sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah
berjumlah kira-kira RM70,000.
Formula Bank
Formula bank
dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak
melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum
mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira
RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.
Jangan gunakan
formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula
inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.
Ia berlaku
kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum
ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.
Dari masa ke
semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran
ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula
dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.
Inilah yang
menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak
mampu membayar ansuran kereta.
Formula Pembelian
Kereta Secara Bijak
Berikut
beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta
pertama.
Formula 1: Beli Kereta
Secara Tunai
Kereta apa
boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli
kereta selepas ia benar-benar diperlukan.
Tangguhkan
kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600
sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.
Jika menyimpan
RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah
RM18,000!
Jika dicampur
dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7%
boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta
sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli
kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan
kereta.
Formula 2: Deposit
Tinggi
Jangan mudah
terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna
‘hutang lebih banyak’.
Tip ini boleh
digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip
nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.
Cuba bandingkan
kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang
berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza,
kerana ia mengurangkan keuntungan bank.
Kenapa perlu
bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!
Formula 3: Harga
Kereta Bersamaan Setahun Gaji
Mungkin ada
yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam
suasana sekarang.
Baiklah, saya
berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama
dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi
gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar
kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai
jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain
lagi.
Jika masih
mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50%
kemungkinan untuk muflis.
Comments
Post a Comment