Kepelbagaian Kepimpinan: Cari Titik Persamaan Bukan Titik Perbezaan
“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai
pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami
wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”
(Al Anbiyaa’ ayat 73)
Pemimpin yang tidak suka pada “kepelbagaian”, sebenarnya mereka
kurang yakin pada diri sendiri. Kepelbagaian yang dimaksudkan ialah
kepelbagaian dari sudut skill, pandangan, idea dan cara pendekatan.
Pemimpin seperti ini merasa tidak selesa dengan orang-orang yang lain dari dia.
Pemimpin seperti ini merasakan diri mereka saja yang betul, sehinggakan, mereka
merasa tergugat dengan kepelbagaian kepimpinan orang lain, dan mula menyekat
pandangan orang lain, idea, cara pendekatan dan lain-lain lagi. sedar ataupun tidak, ini yang berlaku pada dunia hari ini. Ini merupakan
masalah yang timbul dalam organisasi persatuan, organisasi kerjaaan atau
mana-mana organisasi dimana ada ketua dan dimana ada pengikut. Fenomena seperti
ini hanya akan menyekat productivity modal insan dan
organisasi sahaja.
"cara aku adalah yang paling betul, ikut aku"
"aku tak setuju dengan cara kamu tu, ikut cara aku, aku orang lama"
"kita kena buat macam ini, tak boleh buat macam itu, ikut cara aku"
Apa yang pemimpin seperti ini mahukan ialah, mereka hendak orang
lain ikut cara mereka, fikir macam mereka, ikut idea mereka, ikut pendekatan
mereka, seolah-olah mereka merupakan contoh yang terbaik. dan kalau boleh,
pemimpin seperti ini tidak mahu orang lain mengatasi diri mereka. Itu yan g
membuatkan diri mereka goyah, resah dan rasa tidak selesa.
Ini kerap berlaku dalam organisasi. Persoalannya, daripada
mewujudkan perasaan tak puas hati dan mewujudkan situasi kerja yang rijid,
kenapa tidak menggunakan sebaik baiknya pandangan orang lain, pendekatan orang
lain, kepelbagaian skills orang lain untuk mencapai matlamat organisasi? kenapa
tidak begitu?
“I can do what you can’t do
and you can do what I can’t do. Together we can do great things.” ~ Mother
Teresa
Wehdatul fikri, wehdatul
amal dalam aplikasi gerak kerja
ia membawa maksud "Kesatuan kefahaman dan kesatuan gerak
kerja:, ia amat perlu diterapkan dalam organisasi. ia akan mewujudkan sebuah
organisasi/team yang hebat dalam gerak kerja, dimana terdapat kepelbagaian
dalam team tersebut, dan mereka boleh buat kerja bersama-sama dalam mencapai matlamat
organisasi.
Pengalaman cukup mengajar saya tentang ini, bahawa dengan hanya
seorang diri, matlamat organisasi tidak mampu dan tidak akan tercapai. Lebih
besar matlamat sesebuah organisasi itu, maka lebih banyaklah kepelbagaian yang
diperlukan. Dalam pembentukan sebuah organisasi yang baik, kita memerlukan
seseorang yang dapat menapung kekurang seseorang yang lain, dan dapat saling
menguatkan antara satu sama lain. kepelbagaian perlu disalurkan dengan kaedah yang betul, bukan disekat dan dibuang.
sebagai analogi; macam mana nak buat nasi ayam? apa yang perlu
ada?
Rajah diatas menunjukkan perkara-perkara yang perlu ada untuk
membuat nasi ayam. cuba kita bayangkan orang jual pada kita nasi ayam tanpa
ayam, apa yang kita rasa? atau makan nasi ayam tanpa sos atau nasi ayam itu
tidak mempunyai rempah.? tentu sahaja kita merasa kekurangan pada nasi
ayam itu dan mula merasa tak puas hati. Dalam konsep wehdatul fikri dan wehdatul
amal, ia membawa kepada matlamat membuat nasi ayam itu memerlukan gerak kerja
yang pelbagai, dari sudut peranan, tugas, skill, idea dan lain-lain dalam
membuat nasi ayam.
jika di
dalam konteks organisasi pula, penerapan konsep wehdatul fikri dan wehdatul amal ini
membawa kepada, hendak mencapai matlamat organisasi dengan kepelbagaian skills,
pendapat, idea, cara pendekatan dan lain-lain. seperti bermain catur, setiap
buah catur itu ada peranan masing-masing.
pemimpin-pemimpin di peringkat atasan, pertengahan dan bawahan
perlu;
1. perlu ada kepatuhan kepada ketua tertinggi
2. Bersikap terbuka pada cadangan orang lain
3. Mampu menerima kritikan dari orang lain
4. Menerima kelebihan dan kelemahan rakan. (menerima
seseorang itu)
5. Memahami matlamat organisasi jangka masa pendek dan
panjang
dan pelbagai perkara lain.
berikut
saya senaraikan 10 Gaya Kepimpinan yang diperlukan dalam sebuah
organisasi/ team berkempimpinan (John C Maxwell):
Visionary/
bermatlamat
Ini
merupakan satu ciri kepimpinan yang mampu memberi inspirasi pada orang lain.
Kepimpinan seperti ini mampu melihat kehadapan, mampu melihat opportunity dan
threat dengan cepat berbanding orang lain. Kepimpinan seperti ini mampu
berimaginasi besar.
2)
Directional
Pemimpin
seperti ini memimpin orang lain untuk sampai matlamat organisasi. Memahasi hala
tuju organisasi. Mereka akan memastikan bahawa orang-orang lain berada pada
landasan yang betul.
John F. Kennedy said, “Efforts and courage are not enough without
purpose and direction.”
3)
Strategic
Pemimpin
seperti ini mampu menilai keadaan semasa dan mereka mampu mengumpulkan
resources (cth. wang, tenaga kerja) yang diperlukan untuk mencapai matlamat
organisasi. Pemimpin seperti ini mampu memahami process setiap sesuatu.
4)
Managing
Pemimpin
seperti ini tahu bagaimana untuk menguruskan kerja mereka. Mereka mana yang
penting dan mana yang kurang penting, dan mereka juga tahu delegasi tugas pada orang
yang sesuai.
5)
Motivational
Pemimpin
seperti ini melihat bahawa manusia mempunyai nilai yang tinggi dalam
organisasi. Mereka memotivasikan orang-orang lain, dan mereka mampu menjadi
contoh yang baik, untuk orang lain ikut sekali. Pemimpin seperti ini kenal
kekuatan ahli-ahlinya, dan mereka mampu merangsang semangat ahli-ahlinya untuk
mencapai matlamat organisasi.
6)
Shepherding
Pemimpin
seperti ini sangat mengambil berat tentang ahli-ahlinya. Mudah didekati dan
bercakap, dan mereka mampu memahami orang lain. Mereka ini memimpin dengan hati
yang baik, dan mempunyai attitude yang mengangkat rasa hormat orang lain pada
diri mereka.
7) Team –
building
Pemimpin
seperti ini mempunyai skill untuk melihat kelebihan dan kekurangan orang lain,
dan mereka mampu mewujudkan sebuah team yang menguatkan antara
satu sama lain. Mempunyai hubungan yang erat dalam pasukan, kurang ego dan
senang menghargai percapaian orang lain.
8)
Entrepreneur
Pemimpin
seperti ini melihat risiko sebagai peluang. Mereka melihat possibility adalah
lebih baik daripada security. Mereka tidak takut untuk gagal,
dan mereka mampu bangun balik bila terjatuh.
9)
Reengineering
Kepimpinan
seperti ini suka menyelesaikan masalah. Mereka sering hendak memperbaiki
kekurangan diri sendiri, orang lain, dan organisasi.
10)
Bridge-building
Bridge-builders
merupakan negotiators yang hebat. Mereka bekerja dengan baik bersama orang lain
dan mereka mempunyai banyak kenalan ataupun network. Mereka
tidak melihat bertolak ansur itu satu perkara yang lemah, sebaliknya mereka
menganggap ia sebagai satu perkara yang perlu untuk lebih effektifkan kerja
berpasukan.
10 gaya
kepimpinan diatas merupakan gaya yang biasa kita lihat dalam organisasi. cuba
kita lihat kembali pemimpin-pemimpin dalam organisasi kita. Ada yang ada pada
diri kita, dan ada yang ada pada orang lain. Gaya-gaya ataupun nilai-nilai
kepimpinan terbut perlu untuk menjadikan organisasi kita hebat.
Cari titik persefahaman, bukan titik perbezaan
Aplikasi
konsep KAIZEN dalam organisasi;
1. Pilih
2 gaya kepimpinan diatas yang sesuai dengan diri anda.
2. Minta
sahabat kita untuk beri 2 gaya kepimpinan untuk diri kita. Adakah sama seperti
yang kita pilih?
3. Senaraikan
rakan-rakan kita bersama gaya kepimpinan mereka. Setelah itu, cari gaya atau
nilai kepimpinan yang kurang dalam organisasi/team tersebut.
4. Cari
rakan yang dapat membantu melengkapkan team kita.
Comments
Post a Comment