Intipati Dalam Kisah Ashabul Khafi Dalam Konteks Semasa
Imam Ahmad
berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda:
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka
terhindar daripada Al-Dajjal."
(Riwayat Muslim)
Surah Al Khafi merupakan surah yang dituntut untuk dilazimi
seperti surah Yassin, khususnya pada hari jumaat. Kerana surah ini membicarakan
perlbagai isu yang kena pada waqie’(keadaan) semasa.
Rasulullah s.a.w telah membicarakan soal kedatangan dajjal dalam
satu khutbah, ia telah dirakam dalam sebuah hadith yang panjang. Ulama bersepakat dalam hal ini bahawa surah Al Khafi merupakan pelindung
diri dari fitnah dajjal.
Dalam
artikel ini saya akan lebih tumpukan pada kisah-kisah dalam surah Al Khafi dan
apa intipati dalam kisah-kisah yang telah dirakam dalam Quran, dan di akhirnya saya
akan sentuh sedikit mengenai peranan kita dalam menangkisi fitnah dajjal.
ALLAH
S.W.T memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepada siapa yang dikehendaki-Nya
Berikut saya senaraikan kisah-kisah dalam
surah al Khafi beserta ayat-ayatnya.
Kisah Pertama: Ayat 9-26 : Cerita tentang
ashabul kahfi
Kisah Kedua: Ayat 32-38-46 (lebih kurang) :
Cerita tentang pemilik kebun
Kisah Ketiga: Ayat 60-82 : Cerita Nabi
Musa berjumpa dengan Nabi Hidir
Kisah Keempat: Ayat 83-101 : Cerita tentang
Zulqarnain dengan yakjuj dan makjuj
Dalam
artikel ini, saya berhajat untuk focus dahulu pada kisah Ashabul Khafi,
kemudian akan menyambung pada kisah-kisah lain pada artikel lain. Insyaallah
Nilai
utama ataupun core value yang perlu dititik beratkan dalam kisah ini ialah
berkenaan AQIDAH.
Dalam
kisah ini, pemuda-pemuda ini melarikan diri dari suasana yang boleh menggugat
aqidah mereka dan dari ancaman raja yang zalim pada zaman itu.
Perlu
kita menilai dalam konteks mereka(pemuda-pemuda itu). Mereka sanggup melarikan
diri dari kampung halaman mereka dan bersusah payah menyembunyikan diri dalam
sebuah gua. Jika kita dalam situasi mereka, adakah kita akan melakukan perkara yang sama?
Apakah
nilai aqidah sebenarnya?
Maha
Suci ALLAH, tiada tandingnya nilai Aqidah Islam ini, kerana inilah yang kita
bawa untuk berjumpa dengan ALLAH.
Rujuk
pada tafsir quran ayat ke 22
Isunya
ialah berlaku perselisihan dalam hal-hal furuq, atau dalam kata lain, hal-hal cabang, kerana
terdapat banyak pendapat tentang jumlah pemuda itu. Dan ALLAH berkata
“Janganlah engkau berbantah tentang hal mereka….”
Ertinya
dalam soal cabang, kita tidak perlu berbalah sehingga menimbulkan perpecahan. Yang
perlu kita tekankan ialah soal AQIDAH, ia memang tiada cabang, tetapi dalam
usul fiqh terdapat banyak hal-hal furuq(hal-hal cabang). Dan janganlah kita berbantah dalam hal
ini. Realiti sekarang, umat Islam tidak bersatu kerana mereka berselilisih
dalam soal cabang. Jika anda dalam medan dakwah, anda akan faham tentang
perkara apa yang diperselisihkan.
Termasuk
juga dalam soal-soal yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, perbalahan
dalam perkara-perkara yang bersifat cabang ataupun kurang penting perlu
diketepikan. Ini adalah untuk membina kesatuan umat.
Selain
dari itu, ada ayat menceritakan bahawa salah seorang pemuda itu keluar dengan
membawa wang perak untuk pergi ke kota bagi membeli bekalan.
Persoalannya,
kenapa wang perak?
Pandangan
peribadi saya, wang perak, emas dan gangsa mempunyai nilai dan sesuai digunakan
pada setiap zaman. Dari dulu hingga kini, perak, emas, dan gangsa merupakan
pengukur kekayaan.
Jika
dilihat dalam konteks semasa, banyak Negara kian jatuh ekonominya akibat dari
sistem penggunaan wang yang salah.
(kajian
perlu dibuat dengan lebih mendalam dalam soal mata wang sekarang, dan ia
memerlukan pakar dalam bidang tersebut)
Dalam
ayat lain, ALLAH menekankan
Dan
jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu “Aku pasti melakukan itu
besok pagi”
Kecuali
dengan mengatakan “insyaallah”
ini
adalah bab AQIDAH dimana ALLAH menekankan supaya kita menyebut Insyaallah
apabila kita menjanjikan sesuatu.
Insyaallah
bukan hanya sekadar lafaz, dengan lafaz ini ia membawa kita supaya bergantung
sepenuhnya kepada ALLAH selepas berusaha bersungguh sungguh.
Esok, saya akan siapakan assignment Business Marketing saya Insyaallah
[Esok, saya akan siapakan assignment Business Marketing saya] niat dan usaha untuk buat.. [Insyaallah] meletakkan pergantungan
kepada ALLAH..
Sebelum
kita bertawakal, kita perlu niat dan usaha..
Pertolongan ALLAH pasti
datang pada hamba-hambanya yang soleh
saya membincangkan
kisah ini kerana terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil, kerana siapa
yang tidak mengkaji sejarah, maka mereka akan mengulangi kesilapan yang sama.
Saya ingin mengaikan kisah ini dengan konteks semasa, supaya kita dapat
mengubah keadaan semasa. Kita perlu mempelajari sesuatu dalam kisah ini,
walaupun sikit, kerana ini dapat membantu kita di zaman fitnah dajjal.
Secara kesimpulan dalam
kisah ini, saya berpendapat ALLAH menyuruh kita dan mengajak kita bagi
memperkuatkan aqidah Islamiyah kita dan mempertahankan walau apa jua sekalipun.
Kita perlu faham kalimah tauhid, iaitu “laa ilahaa illaallah”. Seterusnya ALLAH
mengajak kepada kesatuan umat dengan tidak bergaduh dalam soal cabang yang
telah menimpa masyarakat kita pada masa kini. Selain dari ini ALLAH mengajak
kita untuk meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada ALLAH setelah ada niat
yang baik dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Comments
Post a Comment