POLITIKUS PENGUGUT MASUK MUZIUM - Hujah dan Fakta
Masihkah pembaca teringat dialog-dialog zaman kanak-kanak
seperti di bawah?
“Along, naik ghumah cepat. Dah Maghrib ni. Kalau taaak, nanti
hantu wak nusuk tak thaau” jerit mak dari rumah.
Kita pun bercempera lari masuk ke dalam rumah kerana percaya
hantu akan sembunyikan budak-budak yang masih berkeliaran di luar rumah pada
waktu maghrib.
Pada sesiapa yang sempat berada di zaman 70-an, 80-an dahulu.
Atau,
“Hang jangan dok gatai duduk atas bantai. Sat lagi pungkuq hang
naik kudih buta sat lagi baghu hang tau”
Ha ha, sampai hari ni kita tak berani dan tak biasa duduk atas
bantal kan?
Atau,
“ Meh sini kepala ikan tu. Biaq mak yang makan. Hang jangan
makan, takut jadi bodo”
Pada zaman itu, semua kalam yang keluar dari bicara orang yang
lebih tua dari kita, akan ditelan bulat-bulat.
Hanya kerana kita ber’iman’ bala yang akan menimpa andai kita
mengingkarinya.
Itu cerita zaman dahulu yang andai dikenang-kenang kembali,
sangat indah dan menyeronokkan. Itu kita panggil kaedah menakut-nakutkan anak
agar mentaati arahan ibu bapa dan memudahkan mereka menguruskan sang anak.
Para pembaca sekalian jangan lupa,kaedah yang
sama juga boleh diamalkan di dalam politik iaituthreatening game; pemegang
kuasa akan menakut-nakutkan rakyat agar tidak memilih parti selain mereka
kerana khuatir akan ditimpa bala bencana.
KUASA MINDA SEPARA SEDAR
Pernahkah anda menonton cerita Puaka Niang Rapik pada jam 12
tengah malam secara berseorangan?
Setelah itu tiba-tiba anda mahu ke tandas.
Tiba-tiba ada sesuatu yang jatuh di dapur rumah anda? Ketika
itu, agak-agak apa yang anda akan terfikir?
Hantu yang dalam TV tadi kan? Kenapa terfikirkan dia?
Atau.
Anda baru sahaja menonton filem Anaconda.
Sejurus sahaja anda selesai menonton, anda membuat aktiviti meredah hutan (jungle tracking) dan berkayak di tasik.
Ketika anda hampir tiba di tasik, tiba-tiba kedengaran sesuatu
mendesit-desit berhampiran dengan anda.
Pastinya ketika itu anda hanya akan terfikir yang mendesit itu
ialah Anaconda sebagaimana di dalam cerita tadi bukan?
Kenapa terjadi begitu?
Kerana dalam kajian terhadap otak, pengalaman
atau kesan menonton sesuatu akan tersimpan di dalam minda separa sedar (unconscious mind), tak kiralah siapa orang itu atau di
benua mana dia berada, situasi seperti itu memang akan berlaku.
Dari itu, apa kaitan minda separa sedar ini dengan kenyataan
politik menakut-nakutkan?
Sangat berkait.
AHLI POLITIK PANJANG
ANGAN-ANGAN, PICIK AKAL
Dalam bahagian ini, para pembaca akan melihat seni sang
politikus memberikan ketakutan dan ancaman kepada rakyat agar mereka kekal di
tampuk kuasa.
Kadang-kadang kita sendiri yang mengiyakan ugutan dan ancaman
mereka dalam ketidaksedaran.
Penulis akan menukilkan kenyataan sebenar semua pemimpin
terbabit daripada sumber-sumber mereka sendiri. Dan yang menariknya semua
kenyataan pemimpin-pemimpin terbabit pasti akan ada 3 item ini, iaitu:
1.
Perkataan ancaman: seperti negara akan hancur, ekonomi akan runtuh dan sebagainya
dan yang semaksud dengannya. Item ini wajib ada. Untuk item ini penulis akan tebalkan perkataannya.
2.
Alasan bagi ancaman: seperti mereka boleh mencetus anarki, manifesto tidak lojik
dan yang semaksud dengannya. Item ini sekadar untuk menguatkan kenyataan
sahaja. Untuk item ini penulis akan condongkan ayatnya.
3.
Membayangkan penyelamat (saviour): seperti
hanya kamilah dapat membantu anda, kami telah lama berusaha untuk anda dan yang
semaksud dengannya. Item ini juga wajib ada. Untuk item ini penulis akan menggariskan di bawah perkatannya.
Nah, seandainya setiap hari kita menonton siaran TV milik UMNO
dan Barisan Nasional, membaca akhbar perdana sahaja dan tiada sumber lain untuk
mengimbangi maklumat yang diterima, apa akan terjadi pada cara fikir anda….?
Akan mengiyakan segalanya kan.
Kerana takut bala yang akan menimpa.
Saya tidak bercadang untuk memaksa pembaca menerima pandangan
saya.
Tetapi sebagai seorang graduan dalam bidang sains politik, semua
tiga item di atas memang akan digunakan oleh seorang ahli politik yang rendah
nilainya sebagai metodologi menguasai pemikiran rakyat dengan cara yang kotor.
EKONOMI
Perhatikan dan aplikasikan tiga item di atas.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang
juga merupakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (Tambun) mengatakan bahawasanya:
dengan pelaksanaan manifesto
pembangkang bakal meningkatkan defisit fiskal kerajaan persekutuan kepada 11.5
peratus daripada empat peratus yang disasarkan tahun ini. Lebih parah lagi,
kerajaan akan mengalami defisit akaun semasa.
Ini bermakna kerajaan perlu meminjam untuk
membayar gaji, subsidi, pencen dan hutang negara seterusnya menyebabkan negara
mengalami krisis kewangan dan ekonomi sebagaimana yang sedang berlaku di
beberapa negara Kesatuan Eropah.
Jadi berdasarkan manifesto pembangkang,
maknanya hasil kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan mengurus yang
bertentangan sama sekali dengan konsep perbelanjaan berhemah.Manifesto
pembangkang tidak mempedulikan implikasi kepada kedudukan kewangan kerajaan dan
kesan herotan pasaran ke atas ekonomi Negara.
Kerajaan hari ini hanya
meminjam untuk menampung perbelanjaan pembangunan kerana kesan pengganda kepada
ekonomi akan memberi jaminan kepada kemakmuran dan seterusnya kesejahteraan
rakyat.
“Kita punya pengurusan kewangan, antaranya
perlu mengekalkan lebihan operasi. Kita tidak mahu pinjam untuk membayar gaji
dan sebagainya dalam perbelanjaan mengurus. Ini merupakan falsafah yang
dilaksanakan oleh kerajaan.Kerajaan sentiasa mengamalkan
pengurusan kewangan yang berhemah dengan menetapkan hutang kerajaan pusat tidak
melebihi 55 peratus kepada KDNK.[i]
Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula
menyifatkan manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebagai:
penipuan terhadap rakyat di negara ini. Beliau
berkata segala yang dijanjikan parti pembangkang akan menyebabkan negara
ini mengalami defisit lapan peratus. Defisit itu, katanya, akan menyebabkan
negara mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga pelabur luar hilang
kepercayaan terhadap negara ini dan kemudiannya Bank Dunia akan melabelkan
Malaysia sebagai negara yang bankrap.
Kita sudah selesai kaji
manifesto pihak pembangkang. Kita cuba mengekalkan defisit pada kadar empat
peratus sahaja. Kalau pembangkang, defisit itu akan mencecah sampai lapan
peratus.
Kerajaan memperuntukkan RM42
bilion setahun untuk memberi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) kepada golongan pelajar dan jika PTPTN dihapuskan maka ia akan
menyebabkan ramai yang tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang tinggi.[ii]
Selain itu, Tun Dr Mahathir juga ada memberikan komentar tentang
perkara ini apabila beliau menyebut:
Malaysia akan hancur jika parti
pembangkang diberi peluang memerintah negara ini pada masa depan.
Ini kerana pemimpin pembangkang
tidak mempunyai sebarang rancangan khusus untuk membangunkan negara seperti
yang dilakukan oleh kerajaan selama ini.
Pembangkang akan menentang apa sahaja rancangan kerajaan untuk membangunkan negara dan menolong rakyat semata-mata untuk memancing undi.
Kalangan ahli perniagaan turut berpendapat bahawa pemulihan ekonomi didapati berlaku dengan agak cepat.[iii]
Pembangkang akan menentang apa sahaja rancangan kerajaan untuk membangunkan negara dan menolong rakyat semata-mata untuk memancing undi.
Kalangan ahli perniagaan turut berpendapat bahawa pemulihan ekonomi didapati berlaku dengan agak cepat.[iii]
NEGARA TIDAK SELAMAT
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri
Najib menyebut ketika membuat kenyataan dalam ucapan dasar Presiden pada
Perhimpunan Agung UMNO ke-63 mengingatkan rakyat:
bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bukanlah satu
pilihan raya yang biasa.
“Antara sebuah Malaysia
yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa
prasangka dan prejudis,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam jika rakyat terpedaya
dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.
“Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
“Tetapi, jika kita kecundang
dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di
tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri,”[iv]
Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
berpendapat:
negara akan mengalami
kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) akan datang.
hal ini kerana kerajaan
yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga
parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.
Keadaan ini memang bahaya,
kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan
jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.
“Ini terpulang kepada rakyat,
namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas
menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
“Apabila rakyat tidak
menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar
kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak
dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan
untuk membangunkan negara,”
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu, mereka
membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu.
“Faktor ini telah pun mereka
ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah
kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga,”
Malaysia lebih liberal dan
bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan
bahasa ibunda masing-masing.[v]
MENAKUTKAN BIAR BERPADA
Pihak UMNO sudahpun menggunakan taktik untuk menakut-nakutkan
rakyat ini semenjak lama.
Seandainya Pakatan Rakyat memerintah negara akan hancur musnah
dan ekonomi akan porak peranda dan banyak lagi.
Maka sebagai respon balas, penulis bercadang untuk membuat
kajian ringkas bagi melihat adakah benar kenyataan pimpinan-pimpinan UMNO di
atas.
Untuk tujuan tersebut penulis merujuk kepada Laporan Audit
Negara bagi tahun 2010 (sebagai sampel kajian kes) bagi negeri-negeri yang
diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Negeri Kedah:
Laporan tersebut menyebut:
2. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kedah
pada tahun 2010 secara keseluruhannya adalahmemuaskan.[vi]
Negeri Kelantan:
Laporan tersebut menyebut:
2. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan
pada akhir tahun 2010 secara keseluruhannya adalah memuaskan.[vii]
Negeri Selangor:
Laporan tersebut menyebut:
4.9.1. Secara keseluruhannya, analisis Audit
mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalahmemuaskan.[viii]
Negeri Pulau Pinang:
Laporan tersebut menyebut:
3. Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian
perbelanjaan projek-projek di bawah RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri
secara keseluruhannya adalah memuaskan kerana
daripada sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan bagi 9 Jabatan, sejumlah
RM787.17 juta atau 77.8% telah dibelanjakan.
5.2. RUMUSAN
Pada keseluruhannya, prestasi pencapaian
perbelanjaan projek-projek di bawah RMKe-9 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri
secara keseluruhannya adalah memuaskan kerana
daripada sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan bagi 9 Jabatan, sejumlah
RM787.17 juta atau 77.8% telah dibelanjakan. Manakala prestasi pelaksanaan
projek-projek di bawah RMKe-9 secara keseluruhannyaadalah sangat baik kerana
daripada 9,003 bilangan projek yang dirancang sebanyak 8,908 projek atau 99%
telah berjaya disiapkan. Pelaksanaan projek pembangunan yang lancar akan dapat
mempertingkatkan lagi taraf hidup rakyat Negeri Pulau Pinang.[ix]
Nah, ok sahaja rekod kepemimpinan Pakatan Rakyat memimpin
negeri-negeri. Takde pun sebarang kemusnahan dan huru hara yang berlaku.
Barangkali kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa
Hitam lebih wajar berkenaan isu ini. Biarlah berbeza ideologi dan parti, tetapi
janganlah menzalimi saudara seagama yang lain:
Tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang
berjaya memerintah negara. Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan
membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan
membuat ekonomi bankrap.
Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda
tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap.[x]
Politikus sekalian,
Jangan sampai kena masuk muzium baru nak bertaubat.
[i] http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-manifesto-pakatan-akan-burukkan-fiskal-kerajaan-1.144145
[ii] http://www.sinarharian.com.my/politik/manifesto-pakatan-tipu-rakyat-kata-muhyiddin-1.136939
[iii]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm
[iv] http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IkrarNajib/Article/
[v] http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121205/po_01/PRU-13-Peringatan-Dr-Mahathir
[vi]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Kedah/2010/KEDAH_001.pdf
[vii]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Kelantan/2010/2.kelantan_001.pdf
[viii]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Selangor/2010/2.selangor_001.pdf
[ix]https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Pulau%20Pinang/2010/PULAU%20PINANG.pdf
[x] http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-hitam-tidak-bankrap-jika-pr-memerintah-1.139051
Comments
Post a Comment