Mat Meninggal dan Jue pula Menderita - Skop penjelasan hukum Islam
"Pada suatu hari Mat jalan-jalan pergi beli pisang goreng
di kedai Mak Kiah di seberang jalan. Lampu isyarat bertukar menjadi merah, dan
laluan pejalan kaki menjadi hijau. Mat pun melintaslah. Ketika Mat sedang
melintas, tiba-tiba ada sebuah kereta langgar Mat sampai MATI.
innalillah.."...bersambung...
"Al Quran ini merupakan jalan penyelesaian pada manusia, jika kita tidak mahu ambil penyelesaian dari Quran, pelik namanya. Sama seperti Ubat yang doktor bagi pada kita apabila kita sakit, ubat itu adalah penyelesaian bagi sakit demam kita, tapi kita kata, "kalau makan ubat ini, akan semakin demam dan boleh memudaratkan badan". inilah pemikiran yang pening lagi memeningkan, golongan ini ada masalah kepercayaan dan kayakinan pada doktor tersebut, sama juga kita jika tidak mahu ambil penyelesaian dari Quran, ertinya kita ada masalah dari sudut aqidah, kita tak yakin dengan Tuhan yang mencipta kita."
marilah bersama-sama ke
Arah pembentukan Negara Islam
Apabila timbul perkataan
ISLAMIK, ramai dalam kalangan kita "mind set" dalam pemikiran mereka
dengan membayangkan perkataan ISLAMIK itu ialah "tutup aurat, jeans tak boleh
pakai, kena pakai tudung, ada majlis bacaan yassin tiap-tiap malam khamis, ada
kenduri tahlil" itu semua hanyalah sebagaian daripada ISLAMIK itu sendiri.
Tapi kebanyakan kita mengagap ia merangkumi keseluruhan Islam. Tidak heranlah
mengapa ramai yang memisahkan agama dalam skop harian mereka.
Yang paling penting dalam soal
negara ISLAM, ataupun yang dimaksudkan dengan Negara ISLAMIK itu sendiri adalah
kita sedang membicarakan soal membina dan membentuk sebuah NEGARA yang
berteraskan panduan AL Quran dan Hadits sebagai panduan utama, kemudian barulah
ia disusuri dengan ijma para ulama', qias dan sebagainya.
bila
membicarakan soal negara Islam, ia merupakan skop yang sangat luas, dimana ia
melibatkan SOAL UNDANG-UNDANG yang ADIL, sistem yang bersih, ANTI
RASUAH, Adil dan saksama, kewangan tanpa RIBA, pemimpin yang beribawa, pemimpin yang amanah, bijak dan sebagainya.
ini yang patut kita fikirkan,
ini yang patut kita tekankan.
ISLAMIK
itu LUAS MAKSUDNYA, dan janganlah kita memperkecilkan skop ISLAM itu sendiri.
okay, jom sambung.
okay, jom sambung.
"Pada suatu hari Mat jalan-jalan pergi beli pisang
goreng di kedai Mak Kiah di seberang jalan. Lampu isyarat bertukar menjadi
merah, dan laluan pejalan kaki menjadi hijau. Mat pun melintaslah. Ketika Mat
sedang melintas, tiba-tiba ada sebuah kereta langgar Mat sampai MATI secara tidak sengaja.
innalillah. Mat ini merupakan seorang pegawai Bank,
isterinya tak bekerja, dan dia mempunyai 5 orang anak yang sedang
belajar". Orang yang melanggar Mat itu namanya Lan.
apa
persoalan dalam kes ini?, ada 2 outcomes yang saya nak bagi disini.
outcomes
pertama: orang yang langgar Mat sampai mati itu kena penjara 8 tahun dan kena
denda RM40,000. RM40,000 tu pula akan jadi duit kerajaan. Jue isteri Mat hilang sumber pendapatan,
siapa nak tanggung kos sara hidup mereka sekeluarga? Lan pulak dapat berehat
dalam penjara, semua FREE.
ada pelbagai masalah yang timbul, yang
pertama, Isteri si mati(Mat) menjadi mangsa keadaan sebab dia sudah tidak ada
punca pergantungan untuk diri dia dan keluarga. sudah lah Jue tu tak bekerja. Pasti Jue akan terjekut gile dan susah hati. Yang kedua isteri Lan,
sebab dia juga kehilangan punca pergantungan, nafkah zahir dan batin terabai. kalau isteri Lan pun tak bekerja, memang parah keadaan.
kedua-dua
pihak menjadi mangsa dalam situasi ini. Dimana keadilan? aplikasi sistem ini
merupakan sistem konvesional, ini merupakan sistem yang zalim. Jesturu, mari
kita tolak sistem ini dan lihat situasi ataunoutcomes kedua.
outcomes
kedua: Lan dibawa ke pengadilan dan dia perlu kena bayar ganti rugi ataupun
pampasan kepada keluarga Mat dalam lingkungan RM40,000. Duit itulah yang akan
menapung pembelanjaan Jue dan anak-anak dia. Dalam masa yang sama, Mat tidak akan
dipenjarakan, dan Mat boleh terus mencari sumber pendapatan dan memberi nafkah
zahir dan batin pada isterinya. Ini merupakan kes jika kemalangan berlaku.
kedua-dua belah pihak mendapat hak masing-masing, keadilan terlaksana.
ini hanyalah contoh.
dalam
soal ini, jika kita di tempat Mat, kita nak pilih yang mana?
tentu
saja "Outcomes kedua" kan?
terdapat
satu survey pada rakyat Malaysia, pada semua bangsa. Survey ini telah dibuat
oleh Pemuda PAS sendiri berhubung dengan isu hudud. Mereka telah kemukakan 2
outcomes diatas. hasil kajian menunjukkan 90% keatas respondent inginkan
outcomes kedua.
Sahabat-sahabat,
pilihan outcomes kedua itu merupakan fitrah kita sebagai manusia untuk mendapat
keadilan, dan tahukah anda bahawa pilihan kedua itu juga merupakan hukum HUDUD?.
Skop
dalam HUDUD ini mendalam, perbincangannya sangat-sangat teliti, dan kes yang terjadi diatas merupakan soal perbincangan dalam hukum hudud. Kita perlu dengar penjelasan dari ulama'-ulama' dan orang-orang yang berilmu, bukannya
dari TV atau orang-orang yang jahil agama.
Alhamdulillah,
saya berjaya mendapatkan Video yang menjelaskan bab ini. Video ini
merupakan pembentangan kertas Kerja mengenai "Kefahaman Hukum Hudud Di Malaysia",
dibentangkan oleh Ustaz Zaharudin Muhamad, beliau merupakan Ahli Majlis Syuro
Parti Islam SeMalaysia peringkat pusat. Selamat menuntut ilmu.
Comments
Post a Comment