Rosli Dhobi, Pembunuh atau Pejuang?
Nama pemuda ini harum namanya dan sebaris dengan pejuang-pejuang
Melayu/Bumiputera Islam yang lain seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok
Janggut, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah dan Dol Said. Beliau adalah Allahyarham Rosli Dhobi.
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.
Beliau berketurunan Melayu,
berdasarkan kepada darah ayahnya berketurunan Palembang. Manakala ibuunya
berketurunan Melanau.
Rosli didapati bersalah
menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart
dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang
menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan
ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan
dalam penjara di Kuching,
Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung
adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin
dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan
penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
Mereka semua dikebumikan di
situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok
perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula
gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas
kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara
Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan
semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan
Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah
keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera
negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli
Dhoby.
Sebelum
menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis surat ini
diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya dan banyak menyimpan
sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut ialah isi kandungan suratterakhirnya. tersebut;
Dengan secharek kertas ini dan se‑putung
pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam
lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi akan
meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah
bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan
pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang
telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat
yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di
dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima hukuman yang telah di
jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
Miskipun Rosli Dhobi telah lama tiada, akan tetapi roh pejuangannya tetap abadi. Pejuangan Rosli Dhobi walaupun pada usia yang cukup mentah ternyata begitu mengagumkan. Al-fatihah kepada Allahyarham Rosli Dhobi. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para Syuhada.
Comments
Post a Comment