Hutang tak berbayar
tak habis lagi aku beraya..aku baru perasan, aku dapat surat..
woho..excited giler..surat tertulis "Urusan Paduka Baginda"..kad raya pa?
tak sabar nak bukak oo..kot2 dijemput menghadap agung..
bukak2 jaa... surat dari kekasih lama "PTPTN" adeh..
alamak!
RM17,980 aku kena bayar balik kat ptptn, padahal aku hanya pinjam RM15,000..hmmmmmm
..rilek ar..ni semua interest punya pasal.
(bukan aku punya)
jap2..tak salah aku, interest ptptn ni dah dikurangkan daripada 3% kepada 1% kan? hopefully lah..
hutang tm streamyx tak campur lagi..aduh..bab hutang ni kawan2..aku sangat sensitif..adeh
"Ya ALLAH selesaikanlah urusan aku ini..mudahkanlah bagi aku urusan aku"
tapi, ini bukanlah soal ptptn yang aku nak share kat sini..pasal isu hutang tu..satu masa nanti aku akan bayar..dan aku yakin ALLAH akan tolong aku bayar.. (^_^)
aku nak share sikit, pasal hutang yang tak terbayar..kamu tahu??
hutang kasih sayang..dan hutang penjagaan..seorang ibu dan ayah
ALLAH ya ALLAH...bab ni aku lemah sikit..aku tak dapat ikhtiar langsung macam mana nak banyar hutang ni..
kamu bayangkan kata2 Imam Al Ghazali kalau tak silap
"usaha kamu mendukung ibu kamu dalam menunaikan umrah masih lagi belum menyamai setitis susu ibu yang kamu minum semasa bayi"
you just can imagine..(sound professional sikit)
jangan cakap susu ja..pakaian..makanan..tempat tinggal..kasih sayang..pendidikan..
macam mana nak bayar? (o_0)??
aku termenung jauh...hmmmm
(hari itu, persoalan ini terjawab..)
harapan mereka hanyalah supaya aku dan adik beradik aku menjadi
"Anak yang Soleh"
dan
kami anak2 mereka inilah yang akan uruskan jenazah mereka..
air mengalir dari mata aku apabila mendengar kata2 itu diungkapkan..
ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR
syukur aku kepada ALLAH S.W.T, kerana dikurniakan Ayah dan Ibu
terbaik la! mudah mudahan!
ReplyDeletethanks atas coretan neh..
ReplyDeletesangat bermakna buat sy =)
bahagia melihat ibu bapa masih bersama..
ReplyDeletejgnla berbakti kpd ibu bapa hanya selagi mereka ada,tp berbaktilah kpd mereka shingga akhir hayat kita.
teringat pulak kisah Nabi Sulaiman & pemuda yg brbakti kpd kedua ibu bapanya.
sbg peringatan kpd semua & diri sndiri..