WAHAI IKHWAN YANG BENAR DALAM FIKRAHNYA...
Rukun Bai'ah adalah sepuluh rukun maka hendaklah kamu
memeliharanya
1) FAHAM
Maksudku
dengan rukun faham adalah: Hendaklah kamu yakini bahawa fikrah kita
adalah fikrah Islam yang tulen dan hendaklah difahamkannya kepada orang
ramai seperti mana yang kita fahami dalam lingkungan dua puluh usul yang
amat ringkas.
Jika
seorang akh itu mengetahui dinnya dengan usul-usul ini, ketika itu dia
telah mengetahui apakah makna yang dimaksudkan oleh slogan abadinya
iaitu `Al-Quran Perlembagaan Kami dan Rasul Ikutan Kami'.
2) IKHLAS
Maksudku
dengan ikhlas: Bahawa seorang saudara muslim itu menujukan segala
perkataan, amalan dan jihadnya keseluruhannya kepada Allah, mencari
keredhaan dan kebaikan balasanNya, dengan tidak melihat keuntungan,
gaya, pangkat, gelaran, kemajuan ataupun kemunduran. Dengan itu dia
menjadi seorang tentera kepada fikrah dan akidah dan bukannya tentera
satu tujuan atau manfaat yang tertentu. Allah telah berfirman yang
bermaksud: "Katakanlah bahawa sembahyangku, ibadatku, kehidupanku dan
kematianku hanyalah kepada Allah tuhan sekelian alam dan dengan itulah
aku diperintah" (Surah al-An'aam). Dengan itu juga seorang akh muslim
itu dapat memahami makna slogan abadinya iaitu: "Allah Matlamat Kami".
Allahuakbar, kepada Allah segala pujian.
3) AMAL
Maksudku
dengan amal: Natijah dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka Allah dan
RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu
amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui
perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu
kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" (Surah al-Taubah).
Di antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang
diletakkan kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di
kalangan manusia, cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi
padanya. Bagi kita, Allah adalah harapan utama kepada kita seperti mana
yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah Yusuf: "Dan Allah Maha
Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui."
4) JIHAD
Maksudku
dengan jihad adalah: Ia adalah satu fardhu yang berkuatkuasa sehingga
hari kiamat. Begitu juga maksud dari sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Sesiapa yang mati dan tidakberperang dan tidak berniat
hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyyah."
Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat
tertingginya adalah berjihad dijalan Allah. Antara keduanya: Jihad
lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang
zalim.
Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan
ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya
kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk
mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang
yang beramal. "Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad."
Dengan itu kamu akan memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan
abadi kamu: `Jihad Adalah Jalan Kami'.
5) TADHIYYAH
Maksudku
dengan tadhiyyah (pengorbanan) adalah: Mengorbankan harta, waktu,
kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.
Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan pengorbanan.
Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugur dalam jalan fikrah ini
kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala yang besar dan indah
untuknya. Sesiapa yang berhenti dari memberikan pengorbanan maka dia
adalah berdosa. "Sesungguhnya Allah telah membeli nyawa dan harta dari
mukminin." "Katakan bahawa jika sekiranya ayah-ayah kamu dan anak-anak
kamu..." "Demikian itu kerana mereka tidak ditimpa dahaga dan
kekurangan..." "Jika kamu taat maka Allah akan memberikan
kepadamubalasan yang baik" Dengan demikian kamu akan memahami makna
slogan abadimu: `Mati Syahid Di Jalan Allah adalah Setinggi Cita-cita'.
6) TAAT
Apa
yang aku maksudkan dengan taat adalah: Mematuhi perintah dan
melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun
kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini adalah kerana
peringkat dakwah ini ada tiga peringkat:
1.
Peringkat Taarif iaitu pengenalan. Ini merupakan peringkat menyebarkan
fikrah secara umum di kalangan manusia. Sistem dakwah dalam peringkat
ini adalah seperti sistem sebuah organisasi.
2.
Peringkat Takwin (pembentukan). Ini dilakukan dengan memilih
unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga
menyatukan antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah secara
sufi di sudut rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya. Slogan
pada dua perkara ini (amal dan taat) adalah dengan tidak berbelah
bahagi, tidak menarik balik, tidak ragu dan tidak merasa tertekan.
Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini akan dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan juga perutusan ini.
3.
Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan). Dakwah pada peringkat ini adalah
peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di dalamnya, amalan yang
berterusan dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya, cabaran dan bala
yang hanya akan dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak ada yang
mengimbangi peringkat ini kecuali dengan taat yang sempurna juga. Atas
perkara inilah generasi Ikhwan yang pertama telah berbai'ah pada hari 5
Rabiul Awal 1359 hijrah.
7) THABAT
Maksudku
dengan thabat (keteguhan) adalah: Seorang akh itu sentiasa beramal dan
berjihad dalam mencapai matlamatnya walaupun selama mana masa yang akan
dilalui sehinggalah dia berjumpa dengan Allah sedang dia sudah mendapat
satu antara dua perkara yang elok untuknya iaitu dapat mencapai
matlamatnya ataupun mati syahid pada akhirnya. Firman Allah yang
bermaksud: "Di antara orang-orang yang beriman, ada orang-orang yang
menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka
ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada yang menunggu giliran
dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun" (Al-Ahzab).
Firman Allah yang bermaksud: "Mereka berkata kepadanya: Bilakah
kemenangan itu, katakanlah kepada mereka semoga kemenangan itu adalah
perkara yang hampir berlaku" (Al-Israk).
8) TAJARRUD
Maksudku
dengan tajarrud ini adalah: Kamu mengikhlaskan diri kamu untuk fikrah
kamu sahaja dan tidak kepada lain-lain dasar dan peribadi. Ini adalah
kerana fikrah yang kamu bawa adalah fikrah yang paling mulia, paling
global dan tinggi. "Celupan Allah (celupan keimanan yang sebenar kepada
Allah yang telah sebati dalam jiwa orang-orang mukmin). Dan siapakah
yang lebih baik celupannya daripada Allah?" (Al-Baqarah).
"Sesungguhnya telah ada bagi kamu contoh teladan yang baik pada Nabi
Ibrahim dan mereka yang bersamanya, ketika mereka berkata kepada kaum
mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu
sembah selain Allah, kami mengingkari kamu dan telah jelas antara kami
dengan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu
beriman kepada Allah sahaja..." (al-Mumtahanah).
9) UKHUWWAH
Maksudku
dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan
ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal.
Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu
adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita
adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih
sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi
ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).
Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari
kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya"(Al-Hasyr).
10) THIQAH
Maksudku
dengan thiqah adalah: Seorang jundi itu yakin dan tenang dengan
kebolehan, keikhlasan pemimpinnya dengan keyakinan yang mendalam yang
akan melahirkan perasaan kasih, menghargai dan taat. Firman Allah yang
bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan
beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana
perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak
merasa di hati mereka keberatan dari apa yang kamu hukumkan dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya" (An-Nisa').
Pimpinan adalah sebahagian dari dakwah dan tidak ada dakwah tanpa
pimpinan. Keyakinan yang silih berganti antara pimpinan dengan
tenteranya akan mencernakan kekuatan sistem jemaah, mengukuhkan
strateginya, kejayaannya dalam mencapai matlamatnya dan juga kejayaannya
mengatasi segala cabaran dan kesusahan yang merintang perjalanan
jemaah. "Ketaatan dan perkataan yang baik adalah lebih utama kepada
mereka..." Thiqah kepada pimpinan adalah segalanya dalam usaha
menjayakan dakwah ini. Firman Allah yang bermaksud: "Kalaulah kamu
belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga
menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah
menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfaal)
Comments
Post a Comment