KISAH MENARIK FOUNDER NANI'S FROZEN FOOD
"KNOK..KNOK. NAK BELI KUIH?"
“Berniaga
kecil-kecil lama-lama akan jadi empayer perniagaan”
Kebanyakan
orang melihat sesuatu kejayaan seseorang hanya dari sudut kesenangan yang
diperolehinya sahaja. Mereka kata, "Saya tidak mungkin mampu berjaya
menjadi seperti dia.", "Dia berjaya kerana nasib dia sangat
baik" dan bermacam -macam lagi kata-kata, seolah-olah mereka yang
dikatakan berjaya itu memperolehi kejayaan mereka dengan begitu mudah dan
mereka berjaya kerana nasib mereka baik.
Tetapi
apa yang ramai dalam kalangan kita gagal untuk melihat adalah perjuangan dan
pengorbanan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Bagaimana seseorang itu
mengatasi saat-saat sukar dalam hidupnya sebelum mencapai kejayaan. Detik-detik
penolakan yang terpaksa didepani bersama orang sekeliling terhadapnya.
Pengkhianatan
yang dialamainya, kritikan yang diterimanya, kepenatan tubuh badannya bekerja
dan kesanggupan siang malam memikirkan cara bagaimana mengatasi
rintangan-rintangan yang dihadapinya setiap hari. Ini semua dilakukan agar
impiannya menjadi satu realiti, bukan hanya sekadar mimpi. Kejayaan tidak
datang begitu sahaja kepada kita. Ia datang dengan ujian dan ujian inilah yang
membentuk diri kita menjadi insan luar biasa.
Semuanya
bermula apabila si Isteri menyampaikan hajat pada suami untuk mula berniaga. Si
Suami menyokong permintaan Isteri. Nawaitunya adalah supaya mereka dapat
membantu memudahkan suri-suri rumah menyediakan juadah makanan untuk keluarga
tercinta.
Resepi
kuih muih bonda yang telah diturunkan menjadi bekalan untuk menghasilkan
produk-produk pilihan. “Tidak perlu sewa kedai. Kita bermula dari rumah
sahaja.” Kata Suami.
Knok..
knokk
"Assalammualaikum
Tuan"
"waalaikumsalam"
Kelihatan 2 orang yang tidak kenali berdiri didepan pintu rumah
"ya
ada apa ya?" Kata seorang lelaki berusia lingkungan 40an
"Saya
Rozaini, ni suami saya Asnan. Kami ada bawa cucuq badak frozen dan karipap
frozen. " Sambil Rozaini menunjukkan kearah bekas polisterin berwarna
putih yang dibawanya.
"Tuan
try rasalah dulu, kalau berkenan boleh beli lagi"
"hoo..jual
kuih ka. takpa takpa. ada banyak lagi kuih dalam peti ais saya tu"
"ohhh..ahh
tak pa lah lagu tu. terima kasih nah"
"ya..ya",
dia menganggukan saja lalu ditutupnya pintu.
Takpalah
sayang, kita try rumah sebelah pulak. Kata Asnan pada isterinya.
Baik
Bang. jom
Petang
itu suami isteri itu teruskan aktiviti mereka memperkenalkan produk dari air
tangan mereka dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, sehinggalah kedai ke
kedai. Ada yang tidak berminat, namun ada juga yang beli, ada yang kritik dan
ada juga yang menjadi pelanggan setia.
Itulah
rencah rasa yang ditempuhi pasangan suami isteri ini. Tipulah jika tidak patah
semangat. Lena tidur juga sering kali tergugat memikirkan apa yang bakal tempuh
di hari esok. tetapi apa yang boleh dikata. itulah pilihan mereka berhenti bekerja
dan mula fokus membina perniagaan.
Sudah
20 tahun berlalu sejak perniagaan ini dijalankan pada pertengahan tahun 1996.
Banyak sepak terajang dunia perniagaan telah mereka lalui. Diakui sendiri
bahawa ia bukan sesuatu yang mudah. Anak-anak dan family terdekat banyak
berkorban membantu bersama dalam merialisasikan impian ini.
“Wahh,
lu sudah 20 tahun dalam pasaran? Good ooo.. gua respek sama lu. Tak ramai yang
bertahan sampai 20 tahun” Kata seorang Apek.
Kini
kuih muih mereka sudah mendapat banyak pengikhtirafan negara juga antarabangsa.
Perjuangan Rozaini bagi memperkenalkan kuih muih trasdisi Malaysia sudah
mendapat perhatian negara Brunie, Jermany, London, China dan Jepun. Kini mereka
bukan mengetuk pintu-pintu rumah, tetapi kini mereka mengetuk pintu-pintu
pasaraya-pasaraya dan syarikat-syarikat besar.
Kini
kuih muih mereka sudah mendapat tempat di pasaraya-pasaraya gergasi di
Malaysia. Malah turun berada di pasaraya antarabangsa. Malah sultan Brunie dan
perdana menteri Malaysia ke 5 juga pernah merasai kuih tradisi mereka.
Kini
kuih muih ini juga sudah mendapat tempahan hingga ke peringkat antarabangsa dan
menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat di negara matahari terbit untuk
membuat kuih tradisi orang Jepun.
“Orang
Jepun pun mai kilang kami ni di Jening. Depa nak sampaikan hasrat untuk
bekerjasama dengan kita. kalau kira Jeniang ni kawasan pendalaman di Kedah.
Tapi Ini semua kuasa Allah. Dia yang atur.”
“Pagi
kami jamu makan kuih cucuq badak. tengahari kami bawak depa pekena cendol. depa
syok arh.” Kata Haji Asnan
Saya
sendiri sangat gemar makan cucuq badak dan samosa inti daging mereka. pehh.
berkocak selera perut memikirkannya.
Kata
Hajah Rozaini
“Nak
berbusiness ni ke bersungguh-sungguh. ketika itulah Allah akan bantu kita.”
Inilah
kisah Hajah Rozaini dan Haji Asnan, pemilik kepada jenama besar Nani's Frozen
Food yang menjadi pilihan ramai sehingga kini. Apa yang menarik lagi ialah
kejayaan-kejayaan yang mereka kecapi hari ini bermula dari belakang rumah.
Comments
Post a Comment