FOTOGRAPHER INI DIMARAHI ISTERINYA KERANA MENGUTAMAKAN BUKU BERBANDING SUSU ANAK
"ABANG MANA SUSU ANAK
KITA?"
Pada suatu hari yang redup
ditemani angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa (Jangan gelakkan pada imaginasi
ayat ini), saya berpeluang untuk mengopi bersama seorang fotografi
professional, namanya Fairuz. Orangnya lingkungkan 40-an. Gaya dan
percakapannya sangat sederhana namun isi-isi ucapannya sangat memberi kesan
pada jiwa. Usahawan jalanan seperti kami ini bila mengopi 10 minit sahaja
sembang pasal urusan kerja, lagi 50 minit lagi sembang bab-bab kehidupan dan
benda-benda yang santai.
Dia bukan calang-calang
orang, setelah tamat SPM dia menyambung pengajiannya dalam bidang perakaunan di
negara orang putih. Namun bidang itu bukanlah jiwanya. Dari kecil sehingga
besar dia sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam fotografi. Setelah tamat
pengajiannya, dia mula dengar secara serius apa kata hati.
‘Fotografi’
Tuan Fairuz bercerita kepada
saya tentang kisah jatuh bangunnya bergelar seorang usahawan.
Abang sudah 20 tahun dalam
bidang creative advertising ini. Kepakaran abang dalam fotoshooting untuk
corporate clients. Alhamdulillah sudah ada team dan studio sendiri. Nak capai
ke tahap ini bukan mudah, dik. Lima tahun pertama ialah fasa ujian tahap gaban!
Tetapi kenapa abang teruskan? Kerana minat abang yang mendalam.
Cara untuk kita bangunkan
diri kita adalah dengan membaca. Abang ni memang suka baca buku. Buku
astronomi, buku fotografi, buku alam, semuanya abang baca. Sekarang ni abang
minat baca novel pula. Jangan salah sangka. Bukan novel jiwang karat Melayu tu
yang abang baca, tetapi novel-novel tempatan dan antarabangsa yang menceritakan
tentang persahabatan, keluarga, ketuhanan dan banyak lagi. Benda ini semua
adalah untuk membentuk kreativiti dalam diri. Biasalah, abang ni berjiwa seni.
Dunia keusahawanan ini
sangat-sangat mencabar. Duit tersangkut-sangkut itu normal. Buka dompet keluar
kupu-kupu berterbangan. Kupu-kupu pun tak nak pada dompet abang. Ternyata
dompet seperti sudah nak mati. Kalau boleh buat CPR tekan-tekan untuk
selamatkan orang sakit itu bagus juga jika kita boleh buat untuk selamatkan
duit dalam dompet abang ni. Tekan-tekan keluar duit. Best! Tapi itu fantasi.
Kita berada dalam dunia realiti. Abang struggle dalam hidup ini, pun begitu
makan minum abang dan keluarga abang cukup. Alhamdulillah. Takdalah sampai anak
bini tak makan minum.
Suatu hari masa zaman susah
dulu abang adalah duit sedikit dalam dompet. Abang dah rancang nak beli buku
fotografi. Abang katalah pada isteri abang nak keluar. Isteri pula cakap,
“Abang nak keluar nanti singgah kedai beli susu anak. Susu dah habis.” Dalam
hati abang merunggut, “Alamak, time macam ni lah susu nak habis ”
Dalam kereta fikiran serabut
fikir;
Nak beli susu ke nak beli
buku?
Nak beli susu ke nak beli
buku?
Lama abang berfikir…
Abang balik rumah, abang
kata duit tak cukup beli susu. Isteri mula mengomel. Satu jam kemudian, isteri
abang buka bonet belakang kereta, dia ternampak buku baru yang abang beli di
Kinokuniya.
“Abang!” Jerit dia.
“Susu anak tak mahu beli,
buku ni pula yang abang beli!” Lalu dicampak buku itu jatuh menyembah bumi.
Zaaaaapppppppppp….. Hati
seperti dibaling dan dilunyai-lunyai. Silap abang juga sebab pilih buku
daripada susu.
Abang sampai bergaduh dengan
isteri abang sebab nak buat apa yang abang minat. Emak ayah abang pun tak restu
ketika itu. Ya lah belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, balik-balik nak
buat bisnes fotografi pula. Kerjaya yang kita pilih ini nampak sahaja mudah,
orang ingat kerja kita tekan butang kamera dah siap. Snap sana snap sini siap!
Tak semudah itu!
Di Malaysia nak mengharapkan
buat kerja-kerja fotografi sahaja tak cukup. Dalam business creative line ini
kita perlukan skil-skil advertising, designing, content writing dan banyak
lagi. Dengan skil-skil yang pelbagai inilah baru kita mampu menambah nilai
pelanggan sebaiknya.
Abang ambil masa lima tahun
untuk abang bina diri dan bina bisnes. Lima tahun pertama ini ialah fasa untuk
abang stabilkan bisnes abang pada hari ini. Setiap hari abang struggle untuk
membuktikan apa yang yang abang buat ni boleh mendatangkan hasil.
Lama-kelamaan emak ayah
abang termasuk isteri sudah mula faham dan boleh terima. Hari ini,
Alhamdulillah. Sekali job tu nilainya boleh cecah 10 ke 30 ribu ringgit.
Takdalah kaya mana, tapi cukuplah buat kami sekeluarga.
Banyak pengalaman best yang
abang dapat seperti membuat rakaman video atas helikopter, masuk bilik
pembedahan ketika doktor sedang buat pembedahan dan banyak lagi. Syukur. Tetapi
yang paling best adalah dengan kerja abang ini, abang ada banyak masa
berkualiti untuk anak-anak dan isteri. Tak ramai yang ada masa bersarapan
dengan anak isteri. Tapi abang ada.
Apa pun yang kita pilih,
pilihlah untuk buat dan jadi yang terbaik. Kita bertanggungjawab dengan apa
yang kita pilih. Bukan bersaing dengan orang lain, tetapi bersaing dengan diri
yang sentiasa susah nak bangun pagi. Hidup ini pasti kita akan struggle dengan
ujian-ujian, till one day you will cherish it.
Kaizan Nazlan
Usahawan Jalanan
Comments
Post a Comment