HATI-HATI DENGAN SKIM CEPAT KAYA DAN 5 CARA BAGAIMANA MENGESANNYA
“Apabila engkau melihat orang ramai sedang
tamak mengejar sesuatu, maka engkau berlarilah daripada situ. Orang tamak
selalunya akan terjerat dalam mulut buaya ”
9 tahun lalu, saya terkena scam
pelaburan ala-ala sistem piramid. Rugi
dekat RM4,000. 4 tahun selepas pula, kawan-kawan saya pula terkena scam pelaburan emas. Rugi dekat
RM40,000.
Banyakkan. Boleh buat kahwin dengan duit tu. Sekarang dah
insaf. haha
Ketika tu, memang yakin
sungguh dengan syarikat itu. Yakin tahap gaban katakan. Ya lah, mana tidaknya.
Syarikat tersebut berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ‘Sdn Bhd’
lagi. Ketika itu saya tidak tahu bahawa perniagaan enterprise mahupun Sdn Bhd
tidak boleh mengambil wang dari orang awam untuk pelaburan.
Mereka sebenarnya akan umpan anda dengan menayangkan kereta
mewah, makan malam di hotel-hotel mewah, buat peraduan habuan wang tunai beribu
ringgit, cabutan bertuah dapat kereta mewah dan melancong.
Ketika mereka hendak merekrut anda, mereka akan tunjukkan cek
dan penyata akaun bank mereka sebagai bukti. Banyak angka kosong dalam akaun
dan cek mereka. Wow! Mereka ingin menunjukkan bahawa melabur dalam perniagaan
mereka menghasilkan wang lumayan tanpa membuat apa-apa. Goyang kaki sahaja. Pehh.
Easy money katakan.
“Wei, zaman dah berubah, kita dah tak perlu bekerja keras
macam dulu. Ni zaman internet bro, goyang kaki dah boleh buat duit”
Saat ini apabila anda sudah digoda dengan kemewahan dan
pangkat. Hati boleh jadi buta. Ketika inilah ramai yang tersontot akhirnya.
FULL STOP!
Sila berjaga-jaga ya. Ingatlah kata-kata ini dan jadikan ia
sebagai pegangan kita.
"Tiada kekayaan dan
kejayaan akan bergolek pada kita tanpa ada usaha". “Walaupun ini zaman
internet, tetapi ia tidak pernah menjanjikan pulangan besar boleh dibuat dengan
goyang kaki dirumah. Pastinya perlu dengan ilmu, strategi dan komitment usaha”
Sejak kebelakangan ini, saya sering menerima persoalan
tentang satu skim pelaburan. Saya tidak mahu sebut nama skim tersebut. Namun,
bila dikaji, 90 peratus saya dapat katakan ia adalah skim cepat miskin.
Sebabnya corak sistem dan pemasarannya hampir sama dengan skim-skim penipuan
sebelum ini.
5 TANDA-TANDA SKIM ITU ADALAH SKIM CEPAT KAYA
1) Orang tersebut menjanjikan
pulangan yang amat banyak dalam tempoh masa yang singkat. Seprti 15-30% sebulan
dan keatas. Warren Buffett yang merupakan seorang pakar pelaburan saham pun
hanya berani mensasarkan 15% setahun.
2) Mereka meminta anda mengajak
keluarga dan kawan-kawan anda yang lain untuk turut sama sertai skim tersebut.
Lagi banyak anda dapat masukkan orang maka lagi banyaklah komisen yang anda
akan dapat.
3) Mereka mengatakan pelaburan
yang mereka sedang lakukan ini adalah pelaburan di luar negara. Ini cukup
bahaya, dengan hanya melihat website dan berberapa gambar sahaja mereka boleh
claim “ini adalah projek meja yang sedang giat dijalankan”.
4) Sering menggunakan duit
berkepuk-kepuk, rumah besar dan kereta mewah bagi meyakinkan anda untuk masuk.
Ditambah pula dengan storytelling dulu dan selepas setelah mereka memasuki skim
ini.
5) Syarikat mereka gunakan adalah
intentiti enterprise, atau sdn bhd. Mengikut akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
(IFSA), enterprise dan sdn bhd tidak boleh mengambil duit daripada orang ramai.
Kenapa
kita perlu membincang soal ini?
Jawapannya kerana orang kita mudah sangat tertarik dengan
skim-skim Pak Man Telo ataupun skim cepat kaya ini. Orang kita mudah sangat
terpedaya dengan easy money gain business
system. Wahai orang Melayu, orang Islam, bangkitlah! Mulakan perniagaan.
Bersusah-susah dahulu untuk membina tapak perniagaan dan bersenang-senang
apabila ia sudah menjadi empayar perniagaan.
Kita mempunyai banyak pilihan dalam mengurus kewangan. Berjimat,
membazir atau buat bodoh. Saya lebih suka pilihan
‘Buat Bodoh’ apabila ada orang ajak saya join ‘skim cepat kaya’ mereka.
FAKTA YANG PERLU KITA TAHU: Entiti perniagaan enterprise, PLT, Sdn Bhd
tidak boleh mengambil duit orang awam sebagai wang pelaburan. Hanya entiti
perniagaan Berhad sahaja yang boleh. Namun berhati-hati juga dengan tawaran
mereka. Jangan kata abang tak payung.
Terdapat banyak
lagi tanda-tanda untuk membongkar sama ada ia skim cepat kaya. Namun cukuplah
saya kongsikan 5 tanda-tanda ini dahulu. Moga dengan perkongsian ini anda dapat
kenal hantu dan buaya yang cuba mengambil duit anda.
Kaizan Nazlan
Bukan Anda YB yang
suka melobi
perkongsian yang bagus. Bukan senang nak senang kan
ReplyDeletebetul tuan. bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. tapi kalau dah sengaja cari susah. kirim salam sahaja lah
Delete