REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG #8
REVIEW PEMBACA BUDAK KELAS BELAKANG
Budak kelas belakang langkahnya panjang. Dengar saja tajuk ini pun sudah menangkap. Helaian yang diselak sehelai-demi–sehelai buatkan saya tertanya-tanya. Penulis Kaizan ini budak kelas belakang di sekolah mana dahulu?
Tulisannya di dalam buku BKB ini secara keseluruhan nampak matang; tetapi jika diteliti lebih lagi identitinya sebagai seorang penulis masih lagi dibayangi oleh perkataan-perkataan yang mungkin “dicilok-ditapis-direneh” dan ini dia Budak Kelas Belakang. Tidak dikatakan tulisannya tidak asli kerana tiada penulis di dalam dunia ini lahir-lahir terus mendapat inspirasi.
Penggayaan buku ini yang meletakkan visual Gag dan juga beberapa iklan satira, buatkan buku ini tidak bosan untuk dibaca. Mungkin akan mengambil sedikit masa, tetapi jika ditelaah dengan tekun, pasti akan beroleh sesuatu manfaat. Namanya saja Budak Kelas Belakang tetapi, langkahnya yang meneroka ke sungai-sungai usahawan, perniagaan, kewangan, pendidikan dan juga keagamaan yang akan membuatkan kita melangkah lebih panjang walaupun mungkin akan basah sepanjang perjalanan.
Basah dibanjiri ilmu dan bait-bait kata sepanjang berjalan adalah satu perkara yang indah jika dapat kita alami dan selami dengan lubuk hati ‘deep’. Dan insyaallah jika kita mencari dan pencari seperti yang ada di dalam BUKU budak kelas belakang langkahnya panjang inilah yang menjadikan basah itu, basahnya yang kita nanti seperti hujan rahmat yang tak pernah berhenti.
Jemput.
Pengulas 2 Ramadhan,
Fardi Soja
Comments
Post a Comment