BUDAK KELAS BELAKANG - BAKAL TIBA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL)
Bakal Berada Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur |
Belakang
parang jika diasah pasti akan tajam. Begitulah kata-kata yang tepat untuk
ditujukan kepada golongan yang sering dipinggirkan terutamanya di medan
akademik iaitu budak kelas belakang. Golongan yang hanya dipandang sebelah mata
ini sebenarnya berpotensi besar melakukan perkara-perkara luar biasa. Lihat
sahaja tokoh-tokoh dunia yang wujud pada hari ini. Suatu ketika dahulu, ada
juga antara mereka pernah berada di kelas belakang.
Buku
‘Budak Kelas Belakang: Langkahnya Panjang’ ini merangkumkan penulisan segar
bertunjangkan pendidikan, keusahawanan dan kemasyarakatan. Bermula dari aspek
pendidikan, penulis membawa pembaca untuk melihat realiti sistem pendidikan
yang ada sehingga wujud golongan ‘budak kelas belakang’. Tidak cukup sekadar itu,
penulis berkongsi ilmu keusahawanan yang semakin dipandang sepi oleh sesetengah
pihak. Kehidupan masyarakat yang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul turut
dipertengahkan di dalam buku ini.
Penulisan
ini membawa pembaca melayari dan merasai kisah-kisah yang disulami rasa manis dan
pahit bergelar pelajar, usahawan dan sukarelawan. Buku ini merupakan himpunan
cerita-cerita benar yang bakal menerokai, menginspirasi dan mengubah hidup
pembaca.
Gaya
penulisan yang santai dan bersahaja memudahkan pembaca memahami isi kandungan
dan menyerap terus ke dalam jiwa. Sesuai untuk dibaca dan dimiliki bagi setiap
individu yang mahu maju ke hadapan. Semoga buku ini dekat dengan hati para
pembaca. Budak Kelas Belakang: Langkahnya Panjang.
Comments
Post a Comment