Perkara Penting Dalam Hidup Yang Anda Boleh Belajar Dari Burung
Bismillah.
Ibrah Dari Sang Burung |
Ini cerita realiti kehidupan.
Setiap hari sang burung akan terbang meneroka alam bagi mencari rezeki. Dapat atau tidak rezeki itu, itu bukan ilmunya, bukan kerjanya.
Walaupun sang burung itu tidak pasti sama ada dia dapat atau tidak rezeki pada hari itu, sang burung itu tetap terus berusaha, tetap terus mencari, dan sentiasa berserah pada Tuhan.
Begitu juga dengan kita, perlunya untuk kita berusaha dan bertindak setiap hari, dapat atau tidak rezeki itu, itu bukan ilmu kita, bukan kerja kita. Kita berserah pada Tuhan.
Insyaallah, pasti ada rezeki.
Ini realiti, usaha perlu diiringi dengan tindakan, duduk termenung menunggu "kun faya kun" memang tidak menjadi, duduk termenung sambil memikirkan strategi terbaik tanpa melakukan tindakan memang rugi.
Jangan takut untuk bertindak, kerana pada tindakan itu, adalah tangga-tangga mencapai apa yang dihajati. Percaya pada rancangan diri, dan yakin Tuhan ada disisi.
Tuan/ Cik Puan, saya akhiri perkongsian saya ini dengan kata-kata ini;
"Jangan merancang terlalu lama, takut-takut satu apa pun tak menjadi"
Terus bertindak, dan yakin Tuhan ada disisi.
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Usahawan Ikat Perut
Comments
Post a Comment