Selesaikan Hutang Allah Dulu - Bebas Hutang
“Hutang sama manusia wajib dibayar. Paling minima ada usaha
membayarnya meskipun kita tiada kemampuan membayarnya. Dan tidak boleh berniat
tidak membayar hutang. Lalu, hutang dengan Allah?” – Ustaz
Yusuf Mansur
Hutang bagi masyarakat kita pada hari ini adalah sesuatu perkara yang sudah biasa. Berhutang itu seolah menjadi satu kewajiban untuk meneruskan kehidupan, sehinggakan andai seseorang atau
sesuatu organisasi itu tiada hutang, ia memang menakjubkan kerana ia adalah
sesuatu yang jarang berlaku.
Dalam surah Al Baqarah ayat 283, dinyatakan penting untuk orang yang berhutang melunaskan hutangnya walaupun tidak dituntut. Walau tidak mampu, asalkan berusaha membayar seminima mungkin.
Kita sering mengeluh memikirkan
hutang manusia yang belum dilunas atau hutang orang pada kita. Namun,
berapa ramai antara kita yang sedar tentang sudah berapa banyak kita berhutang
dengan Allah?
Back to basic.
Selesaikan Hutang
Allah Dulu!
Mengapa Wajib Bayar
Hutang Allah?
Hakikatnya pada tiap
hari, kita berhutang dengan Allah. Berhutang kerana kita menggunakan
nikmat-Nya. Andai manusia, kita tidak minta izin untuk menggunakan barangnya,
barangkali dia marah. Tetapi bagaimana dengan Allah? Sudahlah kita tidak minta
izin, bayar hutang pun tidak.
Kita tidak minta Allah
oksigen, tetapi Dia beri sebelum kita minta. Setiap hari, tanpa 1 saat pun
terlepas pandang.
Kita tidak minta Allah
uruskan aliran darah dalam badan kita, tetapi Allah beri sebelum kita minta.
Andai sistem dalam badan kita ini manual, entah bagaimana kita uruskannya.
Kita tidak minta Allah
uruskan pernafasan kita. Adakalanya sehingga kita tidak sedar kita sedang
bernafas. Namun segala-galanya pada diri kita, Allah sudah uruskan sebelum kita
meminta.
Daripada Abu Dzar
R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu
setiap pagi, bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan
tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah
sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh kebaikan
adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti
daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (Hadis
Riwayat Ahmad Muslim dan Abu Daud)
Andai direnung hadis
di atas, betapa banyaknya kita perlu sedekah pada tiap hari untuk membayar
hutang Allah, namun ia menyatakan ‘cukuplah mengamalkan dua rakaat solat
Dhuha’. Yang merefleksi, betapa besarnya hikmah solat Dhuha yang menjadi
pengganti kepada semua amalan-amalan di atas untuk selesaikan hutang Allah pada
tiap hari.
Dan dalam 86,400 saat
pada tiap hari, berapa kali kita ucapkan alhamdulillah? Kemungkinan sedikit
sekali antara kita yang bersyukur. Dalam Al Quran seolah-olah adanya masa depan
yang tepat bahawa sememangnya sedikit sekali hamba Allah yang bersyukur. Firman
Allah,
“Dan Dialah yang telah
menciptakan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit
sekali kamu bersyukur.” (Surah Al Mukminun: 78)
Yang kita nampak hanya
hutang-hutang dan masalah yang Allah beri kepada kita, yang berpunca daripada
diri sendiri. Sehingga kita lupa dan terlepas pandang betapa banyaknya nikmat
yang Allah telah beri kepada kita yang kita tidak mampu nak kira seperti firman
Allah dalam surah An Nahl ayat 18.
Bayarlah hutang kita dengan Allah, supaya kita tergolong dalam
lingkungan hamba-hambaNya yang bersyukur.
Selesaikan Hutang Dengan Solat Dhuha
Disiplinkan diri dengan solat dhuha. Guru saya
juga sering pesan pada saya, agar jangan ditinggalkan solat dhuha. Solat dhuha
wajib dijadikan habits atau amalan bagi seorang mukmin itu.
Disamping itu jangan
sesekali kita meletakkan kemampuan untuk membayar hutang itu ke atas kemampuan
diri sendiri, kerana hakikatnya kita sememangnya manusia yang lemah,
hakikatnya, Allah lah yang membantu kita untuk membayar segala hutang kita dan
melimpahkan rezeki kita.
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat.” (Surah Al Ikhlas: 2)
Tips Bebas Hutang
Tuan/puan, perbaiki dan jagalah hubungan kita
dengan Allah, selesaikan hutang-hutang kita dengan Allah, tunaikan hak-hak
Allah keatas kita. Jalankan peranan kita sebagai hamba Allah.
Pasti Allah akan membantu kita selesaikan hutang
kita dengan makhlukNya dan membantu kita mencapai impian kita.
waallahualam,
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Credit to Majalah Niaga
Artikel asal: http://www.majalahniaga.com/tip-hutang-selesai-selesaikan-hutang-allah-dulu.html
Comments
Post a Comment