Berpagian dgn TV9
Moga kita sihat, baik dan hebat sentiasa. Walaupun mata terkemit kemit, badan macam layu lemah saja, eh mana taknya..cuaca panas sejuk sejak kebelakangan ni memang tarbiyah diri lah. Bukan saja-saja nak lemah.
Baik, apa yang saya nak share hari ini, elok juga kita menghadap tv pagi-pagi ni, daripada tengok muka buku dia, kau dan aku saja, tengok rancangan tanyalah ustaz tv9 okay apa..banyak ilmu yang bermanfaat yang boleh kita dapat..rilek, santai, boleh makan biskut cicah dengan air teh susu lagi, hurmm..ohhm...dah boleh dapat ilmu. senang kan? Kalau tengok beramai ramai dengan keluarga lagi best, semua cicah roti dengan teh sambil-sambil dengar ceramah di tv. khusyuk saja. dapat bayangkan tak?
Kalau korang semua ingat, 1400 tahun yang lalu, kan kebangkitan Islam itu bermula dengan ilmu, dimana ayat quran pertama yang turun kepada Rasulullah s.a.w menyebut berkenaan "Iqra" dengan nama ALLAH..ya ALLAH hebatnya ilmu ini..ilmu ini cahaya beb.. cari dan ambillah cahaya itu, kerana ia adalah penyuluh kepada kehidupan kita di hari ini dan di masa hadapan.
moga kita menjadi generasi revolusi ilmuan Islam .
Salam ukhuwah
Kaizan Nazlan
Comments
Post a Comment