RM375,000 Belum Cukup Untuk Cover Cost Bulanan RM2500



Dalam penulisan ini, ia lebih merujuk kepada perancangan kewangan yang kita buat, khsusnya untuk peninggalan waris-waris kita. Anak-anak kita, Isteri kita dan sebagainya. Ramai yang tak mahu buat perancangan kewangan, betul? Ada yang buat dek jaa...ada yang buat muka selamber ja, ada jugak yang buat muka kemek jaa bila diminta buat perancangan kewangan untuk persedian ditimpa musibah. Kata mereka;

"oi, ang nak aku mati cepat ka?"
"aku kebal takpa-takpa"
"kalau dah takdir, semuanya boleh berlaku, aku berserah jelah"

Ramai dalam kalangan masyarakat kita, ambil endah tak endah bab pengurusan kewangan, terutamanya bab Takaful. Ramai yang menggapnya soal yang remeh dan membazir. Sebabnya mereka sebenarnya tak faham tentang konsep tawakkal.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
"Apakah unta itu dibiarkan saja depan pintu seraya bertawakkal kepada Allah? Ataukah harus diikat dahulu supaya tidak hilang?" Beliau saw. menjawab: "Ikatlah dan bertawakkal (kepada Allah)."
"Allah (adalah Tuhan), tiada Zat yang berhak disembah kecuali Dia, kepada Allahlah orang-orang beriman hendaknya bertawakkal." (Q.s. At-Taghâbun: l3).

Menyebuat pasal takaful, wajib bagi anda untuk ada takaful polisi, lebih-lebih lagi apabila anda sudah berkahwin. Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang tentang takaful polisi disini. Saya hendak sentuh serba sedikit tentang jumlah coverage yang anda perlukan dalam perlindungan takaful. 

Kerana bila anda berkahwin, anda boleh menjaga ratu permaisuri dan putera puteri anda ketika anda hidup dan andai kata musibah berlaku keatas diri anda, dan ketika anda sudah tidak ada di dunia ini lagi, anda masih boleh menjaga isteri dan anak-anak anda. Anda hanya perlu merancang hal ini sebelum berkahwin dan selepas kahwin. Sebagai contoh; 

Pedapatan bulanan Suami: RM2000
Pendapatan bulanan Isteri: RM1500

Bila pendapatan si suami isteri bergabung, ia akan menjadi RM3500 untuk pendapatan rumah tangga. Katakan total kos pembelajaan rumah tangga dalam RM2500 sebulan. Ertinya mereka masih ada lebihan RM1000 betul? 

Andai kata suami meninggal dunia, maka hilanglah RM2000 pendapatan suami. Maka hanya tinggal pendapatan isteri seorang sahaja. RM1500 untuk menampuang segala kos pembelanjaan bulanan, anak-anak anda macam mana? Maka, matlamat Takaful adalah untuk membantu si isteri tadi dalam mengekalkan gaya hidup ketika suami sudah tiada di dunia, dimana si isteri tadi boleh fokus dalam membimbing anak-anak mereka, tak tak perlu fikir sangat dah dalam bab kewangan. 

Mari saya tunjukkan sedikit kira-kira;
RM2,500  (kos pembelanjaan bulanan) x 12 bulan/setahun
= RM30,000 - kos pembelanjaan sara hiduo untuk setahun

untuk tahu jumlah coverage yang anda perlu dalam takaful, anda perlu buat kira-kira macam ni; 
*RM30,000/ 8% ( RM30,000 perlu dibahagi dengan dividen dari badan pelaburan pilihan anda, yang ditawarkan, cth Cimb Wealth, Takaful, Tabung Haji)
Maka, jawapannya RM375,000, ini bermakna, anda perlukan RM375,000 untuk dilaburkan, agar si isteri tadi dapat pendapatan dalam RM30,000 setahun atau RM2,500 sebulan.

Tapi...
= RM375,000 perlu + RM30,000 (RM375,000 jumlah perlindungan yang anda perlu untuk memberi waris anda, perlu ditambah RM30,000, sebagai perbelanjaan tahunan pertama waris anda, sebelum mendapat hasil pelaburan daripada tabung haji, ASB, Unit Trust dan sebagainya yang berjumlah RM375,000). Faham ke faham? jadi, jumlahnya ialah RM405,000.

RM405,000 Ini merupakan jumlah wang yang si isteri perlu untuk mengekalkan gaya hidup mereka bagi menapung kos hidup RM2,500. 

Dengan wang RM405,000 inilah yang perlu si suami buat polisi untuk cover kematian atau lumpuhnya.
Pergh!!, hampir setengah juta oooo!

Hmmm..inilah pengorbanan yang si suami perlu buat, hendak capai perlindungan sebanyak RM405,000 itu, perlu bermula dengan langkah pertama. Buatlah perlindungan sebanyak RM100,000 dulu, bila sudah dah ada duit lebih, tambah perlindungan secara berperingkat, sehingga perlindungan untuk orang tersayang langkap dan mencukupi.

Tambahan info, seeloknya anda perlu cari tempat-tempat pelaburan yang baik, yang mampu memberi anda divident 10-15% keatas pulangan. Sebab, pulangan yang pelaburan yang baik dan tinggi, mampu mengurangkan jumlah coverage yang anda perlu. Bagi pandangan peribadi saya Tabung haji, ASB, dan seumpanya, mereka tak memberi kita pulangan yang baik, tapi mereka menjanjikan security, berbanding badan pelaburan lain seperti CIMB wealth dan sebagainya yang mampu memberi ana pulangan yang baik tapi agak berisiko. Tapi...sebelum nak melabur duit anda ke mana mana badan pelaburan, make sure, anda sudah ada polisi takaful dahulu. 

jika ada sebarang pertanyaan dalam bab ini, anda boleh message saya di FB page saya Kaizan Nazlan. Insyaallah saya akan membantu.

Comments

Popular Posts