Ramai yang sudah tahu dengan impak FB Ads.
Yang banyak membantu ramai usahawan mengaut keuntungan dengan mempromosikan produk mereka melalui platform FB Ads.
Justeru, mereka mengambil langkah mudah dengan memulakan kempen FB Ads berbekalkan modal wang yang tinggi, tanpa persediaan ilmu.
Akhirnya, mereka gagal mendapat keuntungan, malah duit lebur akibat rugi teruk. Salah satu persediaan awal untuk mempelajari ilmu FB Ads adalah, mengenalpasti glosari atau istilah yang digunapakai dalam FB Ads.
1) Broad Category : Broad category mempunyai fungsi hampir sama dengan #interest targeting. Fungsi ini membolehkan pengiklan mensasarkan pelanggan melalui informasi yang ditetapkan pada Timeline.
2) Connection: Keupayaan mensasarkan pelanggan berdasarkan connection pada Page, aplikasi atau event. Sebagai contoh, sasarkan iklan pada pengguna FB yang sudah like Page anda, masih belum like Page anda atau rakan-rakan pengguna FB yang sudah like Page anda.
3) CPC : Tetapan CPC ini boleh dipilih secara manual semasa penetapan setting iklan. Pengiklan kemudian akan memilih jumlah maksima wang yang mereka mahu habiskan untuk setiap klik pada iklan. Contoh jika anda set CPC iaitu RM0.30, maka FB akan mengecaj kurang RM0.30 untuk setiap klik pada iklan anda.
4) CPM: Kos Per 1,000 impression. Dalam penetapan iklan, anda boleh memilih setting CPM secara manual. Pengiklan kemudian akan memilih jumlah kos maksima yang mereka mahu habiskan untuk setiap 1,000 kali iklan itu muncul. Ini dilakukan dalam auction bidding.
5) Optimized CPM: Kaedah ini dipilih secara default. Facebook akan mengoptimumkan penonton anda, memaparkan iklan anda kepada kepada kumpulan sasaran mengikut tindakan yang anda inginkan (Page Likes, Engagement Post, dan lain-lain). Bidaan dilakukan dinamik, dan secara automatik. Kos bagi setiap 1,000 impression akan menjadi lebih tinggi daripada dengan CPM. Jadi, pastikan anda lebih berhati-hati dan membuat persediaan dalam sudut modal wang bila mengambil pilihan ini..
Comments
Post a Comment