Assalammualaikum Tok Ayah....
"Assalammualaikum...
Tok Ayah Sihat?" aku menyapanya lalu mencium tangannya
dia senyum
melihat cucu-cucunya, ramai menziarahinya di pagi raya..
"dah
besar dah Cucu-cucu Tok Ayah.."
Tahun 1997
umurku baru
saja 7 tahun ketika itu, tapi, memori waktu itu masih terbayang-bayang..
Tok Ayah
memanggil aku, adik ku Ezat dan abng ku Shafiq..kami duduk diatas lantai
rumahnya, lalu Tok Ayah mengeluarkan tabung yang diisi duit syiling. banyak
kesemua duit
syiling dikeluarkan, dan Tok Ayah mengagihkan duit kepada kami..
biasalah,
budak kecil, pantang nampak duit, lebih2 lagi duit syiling...boleh beli mainan
1 untuk
Kaizan, 1 untuk Ezat, 1 untuk Shafiq...Tok Ayah mengulangi sampailah duit
syiling tu habis..
entah macam
mana, duit aku tercampur dengan duit adik dan abng aku...apa lagi, mengamuk
lah, protes!
kemudian kami
berebut duit syiling tersebut secara rambang..berserelak duit syiling kat
lantai..
Tok Ayah
tergelak, dan biarkan telatah kami itu..aku merindui gelak tawanya...
bertahun
berlalu..Kami semakin membesar, dan sampailah masanya kami mendapat berita
bahawa Tok Ayah dihidapai Stroke..Allahurobbi..luka di hati, membasahi
pipi..hanya dia satu2nya Atok yang aku ada..
"Ya
ALLAH, aku belum puas bersama Atok aku" itulah rintihan hati kecil ku pada
ALLAH yang Maha Esa..
1 July 2013
Sebaik saja
solat subuh dan membaca quran, aku dapat text dari ayah ku..
"Kaizan,
Tok Ayah dah kembali ke rahmatullah pagi tadi" aku terdiam..
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'
Al Fatihah...
****************************************************************************
Aku minat
seni, dan sastera sikit-sikit, mungkin ada gen2 Atok aku yang masuk dalam diri
aku..orang kata, muka aku ada iras-iras Atok aku..baguslah, boleh ikut legacy
Atok aku...
"Aku
pasti menjadi seperti Tok Ayah..itu impian ku, untuk menjadi.........."
"Seorang
Pendidik"
Tok Ayah ku,
Awang Had Salleh..moga Tok Ayah bersama orang-orang yang soleh, dan dipayungi
rahmat ALLAH S.W.T di sana. Pasti aku akan jumpa Tok Ayah di sana..mudah2han dengan
izin ALLAH S.W.T..
Comments
Post a Comment