CINTA ANTARA ISTISYARAH DAN ISTIKHARAH
“Saya setuju menerima ustaz dengan satu
syarat.” Kata muslimah itu
“Ustaz akan jadi suami kedua saya” dia menambah.
“Uhuk uhuk uhuk” air yang baru sahaja mengalir masuk ke urat
leher saya seperti tersembur keluar.
Teh o panas pula tu.
“Cover cover” hati membisik.
Saya cuba mengawal perasaan.
Hati yang berdebar Tuhan saja yang tahu. Warna muka ketika itu
kalau boleh dilihat di cermin dah iras-iras warna albino dah.
“Kalau macam tu, siapa suami pertama ustazah?” saya cuba
membalas dengan wajah penuh ketenangan.
Kawal perasaan.
“Suami pertama saya ialah da’wah dan Islam. Setelah itu
barulah ustaz”
“Ooo” cawan yang masih saya pegang itu perlahan saya letakan di
atas piringnya.
“Alhamdulillah…. ” hati membisik syukur.
“Muslimah ini jelas dalam tujuan kehidupan rumahtangganya”
TAA’RUF
Mana mungkin saya akan terlupa sebuah rumah di Taman Melewar,
yang hanya berselang 3 lorong sahaja dari Markaz Tarbiah PAS.
Rumah 3 tingkat berwarna hijau putih itu tidak mungkin akan
terluput dari fikiran saya.
Kerana rumah yang menjadi saksi tempat pertemuan saya buat
pertama kali dengan bakal jodoh saya itu milik murabbi kami, seorang
pensyarah Kulliyyah Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Gombak.
Ketika pertemuan itu berlangsung, di bahagian ruang tamu rumah
hanya ada 4 orang sahaja. Berada di kiri saya ialah ialah tuan rumah,
murabbi kami. Di hadapan saya ialah muslimah tersebut dan di kirinya ialah
wakil dari baitul Muslim.
“Saya mahu dia menjadi seorang ayah yang soleh untuk anak-anak
saya. Saya tidak mahu nakhoda saya seorang yang panas baran atau perengus. Saya
mahu nakhoda yang sukakan kanak-kanak. Saya mahu bakal nakhoda saya boleh
memimpin saya ke syurga”
“Thoo dia syaraaat…boleh buat karangan.
Banyak betul. Tadi kata satu ja” bisik hati saya.
Nakal.
PESANAN ISTISYARAH SEBELUM ISTIKHARAH
Ramai yang bersangka istikharah (solat
istikharah) ialah satu-satunya tindakan yang perlu dilakukan dalam mencari
jodoh.
Betul tetapi kurang tepat.
Kerana istisyarah (memohon
pandangan dari orang yang berilmu) juga harus dilakukan bersama dengan istikharah.
Saat kami bertemu di rumah murabbi kami, kami berisytisharah dan
seusai itu kami beristikharah.
“ Dalam nak memulakan hubungan ni sewaktu ta’aruf, semua
nampak cantik dan menjadi malaikat berwajah manusia. Apa-apa syarat yang
diletakkan orang ‘pasangannya’ semuanya akan setuju. Tetapi setelah itu
tunggang langgang jadinya”
“ Nta dah kenal ke orang yang nta nak approach ni?” Tanya murabbi.
Matanya rapat memerhatikan riak wajah saya. Murabbi kami ni
memang dikenali ramai, kalau dia buat ‘pandangan ma’rifat’ dia tu, boleh goyah
pendirian.
“Nta dah approach mak
ayah dia sebelum nta approach muslimah
ni?”
“ Apa yang membuatkan nta nak approach muslimat
ni?”
“ Kenapa tak pilih muslimat lain sebagai calon isteri nta? Nta
bidang agama, dia pula bukan bidang agama. Payah nak hidup nanti”
Dan banyak lagi tembakan soalan-soalan daripada murabbi kepada
saya di hadapan muslimah ini.
Ye betul, di hadapan muslimah ini.
“Ana bukan apa, ana tak mahu hubungan ini dimulai secara
melulu kerana ia akan disudahi dengan nafsu dan sesalan”
Sungguh, tindakan kami memohon pandangan daripada orang yang
berilmu dalam bab jodoh ini sangat membantu dalam hubungan. Yang
membuatkan tindakan kami selanjutnya dipandu oleh beliau.
BERTINDAK MELULU BERIMAN NAFSU
Tapi pelik, ramai juga yang tidak suka meminta pandangan
golongan berilmu dan berpengalaman dalam bab memilih pasangan ini.
Leceh katanya.
Nanti itu tak kena, ini tak kena. Baik pilih sendiri. Lagipun
bukan diorang yang nak kahwin.
Nak tanya golongan ustaz atau ustazah?
Ohoo, itu memang cari nahas la. Tak pasal-pasal kerana sound nanti.
Pelik.
Mereka ini bertindak seperti orang yang sudah mempunyai banyak
pengalaman dan ilmu masa hadapan.
Harus juga kita ingat.
Penilaian seorang insan yang baru sahaja ingin memulakan
‘subjek’ baru dalam kehidupannya; iaitu hidup berpasangan, tidak akan sama
dengan insan yang sudah mempunyai pengalaman yang banyak dalam ‘subjek’
tersebut.
Orang yang berilmu ini tahu bagaimana nak tackle soalan, mereka tahu
bagaimana nak spot soalan
dan mereka tahu bagaimana nak bagi pensyarah kesian.
Penilaian golongan muda ini dilakukan sewaktu hormon
testosteronnya tengah ‘menggatal’ dan hormon estrogennya tengah
‘menggalak’. Tentunya penilaiannya ketika itu sedikit sebanyak didasari
dan dipengaruhi oleh gelojak nafsu remajanya.
Ia bukan sesuatu yang jahat, tetapi ia adalah fitrah. Sebab
itulah meminta pandangan daripada orang yang berilmu akan dapat mengimbangi fitrah
tersebut.
Istisyarah dari orang yang berilmu ini untuk mengutip pengalaman
mereka dalam pemilihan jodoh agar nilai baik yang mereka lakukan kita turuti,
silap mereka kita hindari.
Andai Istisyarah dilakukan
untuk mengambil panduan dari insan yang berpengalaman dalam melewati asam garam
kehidupan, istikharah pula
dilakukan untuk memohon pengukuhan pandangan insan itu dari Tuhan yang Maha
Mengetahui.
Bukankah kalau nak belajar subjek baru perlu menadah dari guru?
Dari itu, kalau takde ilmu dalam hidup berpasangan kenapa tak
mahu menadah dari orang yang berilmu?
Bukankah itu fitrah insan.
Sumber: ridhauddin.com
Comments
Post a Comment