Kisah Pak Sheikh Dengan Atheis
Bekerja diluar negara dengan rakan2 yg
datangnya dari pelbagai negara dan bangsa yg punyai fahaman yang berbeza
tentang agama dan kehidupan menjadikan perbincangan mengenainya suatu
yg amat menarik. Semasa di Seychelles tempohari,
kami berlima duduk berbual2 di lobby hotel dan seorang rakan
bertanyakan mengenai konsep tuhan, dia dgn jujur tidak percaya yg tuhan
itu ada. Lantas seorang rakan yg lain lagi (berbangsa arab) membuka satu
cerita.
Alkisahnya
suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan
juga seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan
perbalahan diantara mereka, kedua2nya bersetuju untuk bertemu dan
berdebat pada keesokan harinya.
Keesokan
harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan,
penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat
yang hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung
tiba, Si Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya,
"Sheikh takut nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".
Tidak
lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau
meminta maaf kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya,
"mengapa pak sheikh lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".
"Oh
tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa
menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan2 yg lalu
atau sesiapa yg ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang"
katanya lagi. "Sedang saya menunggu, tiba2 kayu2 yang hanyut disungai
itu berkumpul menjadi laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah
ke batang2 pokok yang besar, dengan selesanya kemudian saya meniti
diatasnya dan sampai juga akhirnya saya disini".
"Bohong"
tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu2 itu berkumpul dengan
sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang
membuatnya".
"Terimakasih" balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.
"Mengapa kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.
"Kamu sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak Sheikh.
"Jika
kayu2 yg sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi
titi, bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan
bumi, bintang, bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan
tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu
dan memberi akal supaya berfikir tetapi kamu sendiri yang tidak mahu
menggunakannya?
Tidak
diceritakan pula akan kesudahan kisah tadi tetapi itu sudah cukup untuk
membuatkan rakan yg tidak percayakan tuhan tadi untuk berfikir sejenak.
Manusia barat kebanyakannya kecewa dengan agama mereka sendiri yang
penuh dgn penipuan menyebabkan ramai yang tidak percayakan tuhan. Akan
tetapi jika di beri sedikit kiasan yg penuh makna, akan terdetik kembali
akal mereka memikirkannya.
Amat
sedih juga kerana ketika barat semakin menjauhi agama mereka,
segelintir masayarakat kita terpaut dgn agama mereka ini hanya kerana
umpan cinta, wang ringgit dan juga nikmat dunia yang sementara ini. Moga
terbuka hati mereka kembali kepangkal jalan suatu hari nanti. Amin.
Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/03/kisah-pak-sheikh-dengan-atheis.html#ixzz1d0ZzxTdp
kisah yang membuatkan sy berfikir....
ReplyDelete