PENCARI CINTA



بسم الله الرحمن الرحيم





"Dimulai dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"




Marilah kepada Ku, wahai hamba-hamba Ku..

Bersegeralah pulang, ke pangkuan Ku..

Aku tetap menerima mu percayalah pada Ku..

Kamu hamba ciptaan Ku, lemah dan lalai adalah watak mu..

Aku mahu kau akuilah kelemahan itu..

Setiap kali bersalah kamu datanglah kepada Ku..

Megakulah bersalah menangislah di depan Ku..

Tanda penyesalan yang tidak sudah..

Ketahuilah wahai hamba Ku, rintihan orang yang berdosa..

Lebih aku cintai daripada tasbih para Auliya’..

Jangan bertangguh-tangguh lagi..

Siapalah yang tidak bersalah, kamu adalah hamba..

Aku suka orang yang mengaku salah, Aku cinta pada orang yang bertaubat..


Wahai hamba-hamba Ku, minta ampunlah daripada Ku..

Aku tetap menerima mu bukankah aku Tuhan mu..?

Kasih Ku kepada mu melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya..

Begitulah pesanan ALLAH kepada hamba-hamba Nya’’
Mengikut keterangan Al-Quran dan As-Sunnah..




Puisi ini dipetik dari sebuah novel bertajuk “Pencari Cinta”, penulisan oleh Faizal Rahmad

Comments

Popular Posts